Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013
#uPdAtE
- Soalan PPT 2013 – Matematik KSSR Tahun 3
- Soalan PPT 2013 – PJ & PK KSSR Tahun 3
- Soalan PPT 2013 – Pend. Moral KSSR Tahun 3
- Soalan PPT 2013 – Pend. Sivik Tahun 4 [ Here ]
#uPdAtE
# UpDaTe
| UpDaTe |
(Update) :
Hari ini merupakan hari ke-2 selepas berlangsungnya proses demokrasi ke-13 pada Ahad lepas. Saya percaya & yakin semua pihak telah menerima keputusan ini dengan baik walaupun ada pihak yang gembira serta ada juga pihak yang berduka. Ini adalah adat pilihanraya di Malaysia, mesti ada yang menang & mesti juga ada yang kalah.
Saya secara peribadi ingin mengucapkan tahniah kepada pihak parti Barisan Nasional kerana berjaya mengekalkan mandat untuk menjadi kerajaan pada kali ini. Tahniah juga kepada PM kita, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak kerana telah mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Malaysia pada kali ini.
Kepada pihak Pakatan Rakyat, tahniah jua diucapkan kerana berjaya menambah bilangan kerusi dalam parlimen. Harapan saya agar mereka dapat menjadi pembangkang yang baik untuk kerajaan selepas ini.
Apa yang boleh saya simpulkan, kedua-dua pihak mengalami 2 perasaan ini, gembira & sedih. Sebab? Mari kita fikir sejenak, di pihak BN mereka gembira kerana berjaya menjadi kerajaan tapi dalam masa sama juga sedih sebab bilangan kerusi parlimen sudah berkurangan sebanyak 7 kerusi berbanding 2008. Sokongan yang diterima dari pelbagai kaum di bandar agak merosot berbanding 2008. Dan saya kurang bersetuju dengan “tsunami Cina” yang digembar-gemburkan tetapi sebenarnya apa yang berlaku adalah tsunami dari kawasan urban (bandar) apabila melihat kepada statistik sebenar.
Manakala di pihak PR, mereka gembira kerana berjaya menambah bilangan kerusi di parlimen sebanyak 7 kerusi berbanding 2008. Maka ini menggambarkan bahawa suara mereka di parlimen akan lebih didengari lagi selepas ini. Tetapi perasaan sedih juga ada kerana harapan untuk membentuk kerajaan baru tidak kesampaian pada kali ini.
“Both wins & both losses”
Harapan saya selepas ini agar kedua-dua pihak dapat menerima & menghormati pilihan rakyat pada kali ini. Akhirnya, Malaysia telah memilih.
Assalamualaikum & selamat sejahtera buat semua pengunjung & pembaca portal ini.
Walaupun hari ini merupakan cuti umum buat kita semua golongan yang bekerja, namun saya bangun di awal pagi untuk meraikan Hari Pekerja 2013 dengan menzahirkan nukilan di portal ini. Kepada guru-guru yang berada di luar sana, saya mengucapkan tahniah kepada anda kerana penat lelah kita bekerja, maka hari inilah kita diraikan oleh semua golongan.
Kebiasaannya pada hari inilah kesatuan pekerja seperti Ceupacs, akan memohon beberapa inisiatif untuk penjawat awam daripada pihak kerajaan. Setakat ini saya tak dapat nak ulas apa sebenarnya yang dimohon oleh Ceupacs tapi sikit masa lagi kita akan ketahui daripada Perdana Menteri tentang berita-berita baik yang bakal kita kecapi jika ada. Pada pandangan peribadi saya, inilah masa yang paling sesuai untuk memohon apa sahaja kebaikan daripada pihak kerajaan kerana kehangatan PRU 13 yang tinggal 4 hari saja lagi. Di saat inilah suara kita semua didengari dengan jelas sekali. Selepas ini kenalah kita tunggu 5 tahun lagi. Peluang keemasan ini perlu kita pegang erat-erat!
****************
Semalam saya ada bercakap kepada anak-anak murid, kamu semua kena datang sekolah sebab kamu bukan pekerja. Cikgu tak apalah cuti sebab cikgu memang seorang pekerja tapi kamu tidak. Kemudian murid bertanya balik, kalau kami datang sekolah, siapa yang nak ajar kami? Saya jawab, kamu belajarlah sendiri. Cukup masa, loceng berbunyi, kamu baliklah. Mana boleh cikgu macam tu! Kami nak cuti jugak! Saya senyum saja & beritahu mereka, saya hanya bergurau. Kalau bab cuti, bukan main lagi murid-murid ni.
>> Update <<
Hari ini saya ingin umumkan pemenang bagi contest mencari fan page ke 50. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah berusaha untuk menjadi fan page ke 50. Sebenarnya agak mudah sahaja dan saya mengucapkan tahniah kepada pemilik akaun facebook di atas (Mairin Addinah) kerana menjadi pemenangnya!
*p/s – diharap beliau dapat hubungi saya di portal facebook di sini.
Salam 1 Malaysia…
Sehingga ke hari ini, jumlah fan page portal ini adalah seramai 49 orang, manakala user di facebook Portal Kssr adalah berjumlah 612 orang. Di kesempatan ini, saya ingin offer hadiah misteri buat pengguna portal yang akan menjadi fan page ke-50. Apa yang perlu anda buat?
Saya akan semak siapakah fan page yang ke-50 itu. Adakah anda, anda dan anda di luar sana?
“siapakah yang akan mendapat hadiah misteri itu…………..???”
*p/s – Saya akan pm pemenang di facebook-nya.
>> Update <<