Kakitangan Awam Bakal Naik Gaji ?
Pelbagai berita gembira yang kedengaran sejak akhir-akhir ini. Pengumuman beberapa projek juta-juta di merata-rata tempat di seluruh negara. Dan terbaru, tiba giliran 1.4 juta kakitangan awam di seluruh negara pula menerima “berita gembira” yang dikatakan bakal diumumkan tidak lama lagi.
Kenyataan terbaru Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana beliau akan mengumumkan berita gembira untuk kakitangan awam, melibatkan beberapa isu berbangkit selama ini yang telah berjaya diselesaikannya.
“Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.
“Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi,” katanya.
Persoalannya apakah berita gembira yang dimaksudkan itu di mana dikatakan mampu menyelesaikan isu berbangkit dikalangan 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia selama ini? Adakah….
- Adakah semua kakitangan awam akan menerima kenaikan gaji sekali lagi?
- Adakah penjawat awam akan menerima habuan bonus sekali lagi sebelum tibanya Pilihanraya Umum ke 13?
- Adakah juga elaun perumahan dan cola berjaya diseleraskan selepas sekian lama? (SEPERTI DI SINI)
- Adakah ianya melibatkan kenaikan gaji 5% untuk yang telah mencapai “gaji mati”? (KLIK SINI)
- Ataupun……adakah penantian selama 15 tahun bakal terlerai dengan akan berlakunya penyelarasan semula bagi J17 selepas permohonan kumpulan? Mungkin? (SUMBER SINI)
- Anda ada mahu tambah senaraiannya?
Kami tidak merasakan ia bakal melibatkan kenaikan gaji kerana ia melibatkan perbelanjaan untuk jangka masa panjang dan mengambil kos yang tinggi. Kalau bonus sekalipun, hanya sekali sahaja dan ada kemungkinannya.
Jadi, apakah harapan dan tuntutan mengenai isu-isu berbangkit di sektor awam selama ini yang ingin anda keutarakan sebagai respon balas pengumuman yang bakal Tan Sri Muhyiddin maklumkan tidak lama lagi?
Sumber :: http://beritasemasa.com/kakitangan-awam-gaji-bonus-elaun
3,541 total views, 2 views today