Evidens Math Band 3 4

eviden

 

Selamat malam buat semua pengunjung. Tahniah diucapkan buat semua pendeposit Tabung Haji. Wah, amaun dividen 8% itu kami kira banyak juga yer. Sudah menyamai dengan kemampuan ASB. Nampaknya ada guru² yang sudah berkira² berapa agaknya yang mereka dapat (termasuklah Admin, hehe..), rezeki masing² pasti ada bahagiannya. Lain orang, lain rezekinya… Buku simpanan boleh dikemaskini bermula 10 Feb 2013 nanti.

:: Update :: Malam ini pihak kami sudah meng”upload”kan beberapa evidens Matematik Tahun 3 yang dikongsi oleh guru lain untuk portal ini. Berikut adalah senarainya:

  1. topik tolak (band 3)
  2. topik darab (band 3 & 4)    ———> klik di sini

3,087 total views, 1 views today


Dividen Tabung Haji + Bonus 8% 2012 Tertinggi Dalam Tempoh 12 Tahun Terakhir!

Bonus-Tabung-Haji-2012

 

Dividen Tabung Haji 2012 : Jikalau menjelangnya Pilihanraya Umum ke 12, Tabung Haji telah mengumumkan dividen Tabung Haji sekitar 5% dan dividen tambahan 2% sekaligus berjumlah 7% yang merupakan yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun terakhir pada masa itu. Kali ini rekod tersebut telah berjaya dipecahkan…..

Dividen Tabung Haji + Bonus 2012 Lebih Menarik Lagi

KUALA LUMPUR 7 Februari 2013. – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan dividen tabung haji sebanyak 8 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 iaitu yang tertinggi dalam sejarahnya. Ini merangkumi dividen tahunan sebanyak 6.5 peratus dan dividen khas Jubli Emas sebanyak 1.5 peratus.

Jikalau yang mana ada menyimpan di ASB boleh semak perbincangan hanya dikalangan pelabur ASB di Berita Semasa (DI SINI). Tetapi tidak semua memiliki akaun ASB. Di mana ada yang lebih gemar untuk menyimpan di akaun Tabung Haji.

Sejarah Dividen Tabung Haji 1994-2012

  1. 1994 : 9.5%
  2. 1995 : 9.5%
  3. 1996 : 9.5%
  4. 1997 : 9.5%
  5. 1998 : 8.0%
  6. 1999 : 8.0%
  7. 2000 : 5.5%
  8. 2001 : 3.25%
  9. 2002 : 3.5%
  10. 2003 : 4.0%
  11. 2004 : 4.3%
  12. 2005 : 4.5%
  13. 2006 : 4.75%
  14. 2007 : 5.0% + 2.0% Bonus
  15. 2008 : 5.0%
  16. 2009 : 5.0%
  17. 2010 : 5.5%
  18. 2011 : 6.0%
  19. Dividen Tabung haji 2012 : 6.5% + 1.5 Bonus (Terkini)

P/S : Walaubagaimanapun dividen Tabung Haji kali ini masih belum mampu menandingi pembahagian dividen Tabung Haji sekitar tahun 90an. Dahulu lebih tinggi daripada sekarang.

PP/S : Jadi, apa kata penyimpan dan pendeposit semua dengan berita dividen Tabung haji 2012 kali ini?

Sumber : http://beritasemasa.com/dividen-tabung-haji-2012

5,227 total views, no views today