Eviden Matematik Tahun 2

Ujian-Topikal-MATH-Cover-3_l

Admin:

“Nampaknya cuti sekolah sudah berada di penghujungnya. Berbaur-baur perasaan kita untuk kembali semula bertugas esok bagi negeri-negeri tertentu setelah bercuti selama 9 hari. Ada cikgu yang berasa gembira, ada yang berasa cuti masih tak mencukupi, ada yang rasa malas untuk masuk kerja esok, dan ada juga yang tak berasa apa-apa. Pelik juga bukan? Apa yang pasti, duit gaji 25hb hari tu pasti dah susut nilainya. Nah! Mula-lah kita pening kepala nak tunggu sampai bulan depan pulak. Aduhaaaaaiiiii……”

Berikut adalah bahan yang telah dimuat naik:

  1. Evidens Matematik Tahun 2 Band 1 (pelbagai topik)   [ here ]
  2. Evidens Matematik Tahun 3 Band 3 (topik:peratus – 2 fail)   [ here ]

7,701 total views, 2 views today


Bahan P&P Untuk Guru & Murid

gambar hiasan

gambar hiasan

 

Salam 1 Malaysia…Untuk memantapkan lagi usaha kita sebagai pendidik bangsa, saya akan berkongsi bahan-bahan untuk tujuan P&P sama ada di sekolah rendah, menengah, di institut perguruan, di peringkat universiti atau pun di mana-mana sahaja anda berada. Asalkan ada sambungan internet, sudah pasti bahan-bahan ini dapat dimuat turun. Ianya untuk kegunaan bagi guru-guru & murid-murid.

Untuk hari ini, berikut adalah senarai bahan yang telah dimuat naik:

  1. Animal Masks
  2. Choral Speaking Text – elementary school
  3. Teks syarahan – Perpaduan 
  4. Senarai nilai-nilai murni
  5. Sifat 20 (Allah)          [ here ]

 

*p/s – Jika anda ada bahan untuk dikongsi bersama rakan lain, boleh upload-kan di sini. Nama anda & sekolah anda akan disertakan bersama sebagai rujukan.

6,628 total views, 1 views today


Borang Rekod Transit (DSV & DST)

gambar contoh

gambar contoh

 

Sisipan dari Admin:

“Hari ini merupakan hari ke-3 cuti sekolah (hari ke-4 cuti bagi negeri Kelantan, Kedah & Terengganu) dan juga tarikh keramat 25hb Mac 2013 yang mana saya fikir kita semua teramatlah gembira kerana penat lelah bekerja selama sebulan, akhirnya hasilnya dibayar pada hari ini. Ada ke rakan-rakan guru di luar sana yang beratur di mesin ATM seawal 6 pagi? Wah! begitu bersemangat sekali yer..Hurmm, jika dah terima gaji, apa lagi yang ditunggu, boleh lah bawa family berjalan-jalan sempena cuti sekolah ini. Kepada rakan-rakan yang terpaksa bekerja, jangan berduka tetapi teruskanlah wadah perjuangan kita di medan pendidikan ini…”

Fail berikut telah dimuat naik:

  1. Rekod Transit Standard Prestasi DSV Tahun 2
  2. Rekod Transit DST Tahun 1   [ here ]

12,802 total views, no views today


Semak Keputusan SPM 2012

Tan Sri Abd Ghafar Mahmud - KPPM

Tan Sri Abd Ghafar Mahmud – KPPM

 

Seperti yang diketahui umum, hari ini (21 Mac 2013) diumumkan keputusan rasmi SPM 2012. Pasti anak-anak didik guru pada tahun lepas terasa sangat berdebar-debar untuk mengetahui pencapaian mereka selepas berhempas pulas study siang & malam, tak cukup dengan itu ditambah lagi dengan tuisyen & kelas tambahan sampaikan cikgu pun kurang masa bersama keluarga & anak-anak. Tujuannya hanyalah satu, anak murid…..

Sedikit laporan dari Berita Harian,

“Daripada 472,541 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012, 15,793 calon berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Daripada jumlah itu seramai 13,721 calon adalah dari sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan ia menunjukkan peningkatan sebanyak 0.16 peratus berbanding 12,970 calon memperoleh semua A pada 2011.

Bakinya, iaitu seramai 2,072 yang memperoleh semua A adalah dari sekolah bukan KPM, menurun 0.14 peratus berbanding 2,109 pada 2011.”

Bagaimana nak semak keputusan SPM?

  • SMS
    • Taip SPM [NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888
  • contoh : SPM 701010011010 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888

 

Di sini Admin ingin mengucapkan tahniah kepada semua calon yang berjaya & kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa kerana laluan pendidikan  di alaf baru ini tersangatlah luas selepas SPM. Teruskan berusaha! Janganlah sesekali melupakan guru-guru anda & kalau wajah anda keluar di tv, ucaplah terima kasih kepada guru-guru selepas ucapan terima kasih kepada ibu bapa anda.

8,371 total views, 1 views today


Terbaik STPM – SMJK CHUNG HWA CONFUCIAN

stpm terbaik

 

 

GEORGETOWN – Sembilan pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan  (SMJK) Chung Hwa Confucian di sini, berjaya mendapat semua A dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan  Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00.

Shanta Sankaran, 20, satu-satunya pelajar India yang memperolehi 4A melahirkan rasa gembira kerana berjaya memperolehi keputusan itu.

Beliau berkata, keputusan STPM  adalah hadiah paling bermakna untuk dirinya dan kedua  ibu bapa yang tidak jemu memberi galakan dan sokongan moral.

“Saya bercita-cita menjadi pakar forensik sains. Saya akan melanjutkan pengajian di mana-mana di universiti tempatan dalam bidang itu,” katanya ketika ditemui di sekolah itu hari ini.

Walaupun, pencapaian STPM di negeri ini menunjukkan penurunan 0.04 peratus menjadikannya 2.53 peratus dengan 3,304 calon pada tahun berbanding tahun 2011 iaitu 2.57 peratus dengan 3,062 calon.

Pengarah Pelajaran negeri, Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata, Pulau Pinang tetap melakar keputusan cemerlang dalam STPM apabila peratus kelulusan secara keseluruhan berjaya mengatasi  keputusan peringkat nasional tiga tahun berturut-turut mulai 2010.

“Kita capai kelulusan 96.15 peratus manakala peringkat nasional ialah 94.44 peratus pada tahun ini.

“Kita buat perbadingan dari 2010 dan menunjukkan peratusan negeri makin meningkat,” katanya kepada media di SMJK Chung Hwa Confucian, Greenlane.

Dalam pada itu, seorang pelajar SMK Tunku Abdul Rahman, Nibong Tebal,  dipilih sebagai  pelajar terbaik Orang Kurang Upaya (OKU).

Beliau berkata, Navanneeta Nair Maran Nair yang cacat pendengaran memperoleh PNGK 3.00.

Sementara itu, seorang pelajar dari Pulau Pinang berjaya menerima Anugerah Pelajar Terbaik STPM peringkat kebangsaan.

“Aw Yeong Zhi Sheng dari SMJK Chung Ling mendapat keputusan  5A dengan PNGK 4.00.

Ahmad Tarmizi berkata, 12 sekolah di negeri ini memperolehi kelulusan 100 peratus dalam STPM 2012.

Ia membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al Mashoor, SMKA Al-Irshad, SMJK Chung Ling, SMK Tunku Abdul Rahman, SMK Raja Tun Uda, SM Pendidikan Khas Persekutuan, SMJK Chung Hwa Confucian, SMJK Jit Sin, SMK Dato Onn, SMK Telok Air Tawar, SMK Sungai Acheh dan SMK Permatang Rawa.

Dari segi mata pelajaran, beliau berkata 12 mencatatkan peningkatan iaitu Bahasa Cina, Usuluddin, Georgrafi, Sains Sukan, Bahasa Tamil, Syariah, Sejarah, Perakaunan, Matematik S, Matematik Tambahan T, Komputing dan Seni Visual.

“Manakala 11 mata pelajaran menurun iaitu Pengajian Am, Bahasa Malaysia, Bahasa Arab, Kesusasteraan Inggeris, Kesusasteraan Melayu, Ekonomi, Pengajian Peniagaan, Matematik T, Fizik, Kimia dan Biologi,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

5,900 total views, 2 views today