Artikel berkenaan “guru hina pasukan keselamatan Malaysia” yang telah diterbitkan semalam (14 Mac 2013) sangat menyentuh hati kita sebagai guru yang berfikiran waras. Ada kalangan pengguna portal ini yang mengatakan bahawa guru terbabit tidak berapa waras pada ketika tertentu & mungkin pada ketika dia menghina pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu, dia tidaklah berapa waras.
” Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.. “
Akhirnya pada hari ini, dia telah ditahan pihak berkuasa untuk diambil tindakan. Selebihnya kita serah kepada pihak berkuasa. Apa yang ingin Admin kongsikan buat semua adalah artikel berkaitan guru ini telah dijadikan sumber berita di Astro Awani hari ini.
Gambar snap @ Astro Awani ch501
Gambar di atas diambil pada jam 7.47 malam tadi seperti tertera di skrin tv selepas Timbalan Perdana Menteri memberi komen terhadap tindakan tegas yang akan diambil kepada guru itu. Mungkin berita seterusnya untuk sepanjang malam ini di Awani akan memaparkan lagi portal ini. Ucapan terima kasih buat pihak Astro Awani kerana menjadikan berita di portal ini sebagai rujukan.
“Kerana mulut badan binasa” – Itulah yang berlaku kepada seorang guru yang tidak fikir secara waras sehingga sanggup menghina pasukan keselamatan Malaysia yang bergadai nyawa untuk mempertahankan tanah air Sabah daripada pengganas. Kata-kata yang dikeluarkan di media sosialnya (facebook) sangat tidak boleh diterima lebih lagi dia seorang guru!
Dia begitu terang-terangan melakukan penghinaan di facebook dengan berulang kali seolah-olah ingin menarik perhatian ramai. Adakah dia fikir orang ramai akan suka? Adakah dia mahu menjadi perhatian ramai dalam sekelip mata? Apa tujuan dia buat begitu? Adalah tidak bijak bagi seorang guru yang sepatutnya menanamkan sikap patriotisme dalam kalangan murid-murid tapi sebaliknya tidak memahami apakah nilai patriotisme yang sebenar-benarnya.
Sebagai insan yang bergelar guru, kita berasa amat malu dengan adanya orang yang telah mempalitkan profesion mulia ini dengan tanggapan buruk dari masyarakat umum. “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Selepas ini menjadi tanggungjawab kita untuk membersihkan semula gelaran mulia “guru” ini kepada umum dengan jawapan yang bernas bagi menjawab isu terbaru ini.
Inilah padah yang diterima kerana tidak berfikir sebelum buat sesuatu,
* p/s – Kita berharap agar guru tersebut menyesal atas tindakannya & memohon maaf. Sentiasa berhati-hati menggunakan media sosial.
Jika sebelum ini Admin ada mensisipkan ramalan tentang COLA & ITP yang dicanangkan Ceupacs bakal akan naik, nampaknya ramalan itu meleset sama sekali. Selepas tengah hari tadi di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA ke-13), antara 9 “berita baik” yang diumumkan, berikut adalah salah satu daripadanya yang dinikmati semua PA di Malaysia.
“Pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013 di mana penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred masing-masing.”
Contoh :
Guru Gred DG41 :
Gaji pokok 2012 = RM2500, KGT = RM225, TPG = Januari 2013
Gaji pokok Jan 2013 = RM2500 + RM225 = RM2725
Selepas PM umum KGT naik 1 tangga :
Gaji pokok selepas 1 Julai 2013 = RM2725 + RM225 = RM2950
Maksud di sini, untuk tahun 2013, para PA akan terima 2 kali kenaikan gaji. Tahniah diucapkan buat semua walaupun Ceupacs minta A & B tapi yang dapat adalah C, gaji tetap juga naik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan ‘berita baik’menjelang tengah hari ini – antara dua hingga lima perkara penting termasuk imbuhan tetap perumahan dan kajian semula isu gaji maksimum. Beberapa pemimpin Cuepacs yang dihubungi yakin sekurang-kurangnya akan ada dua pengumuman penting iaitu yang berkenaan dengan imbuhan tetap perumahan bulanan 1.4 juta kakitangan dan gaji maksimum yang menyentuh kepentingan sekitar 20,000 penjawat awam.
Bagaimanapun kata pemimpin itu, “saya tidak melihat akan ada pengumuman mengenai kenaikan gaji, sebab kenaikan gaji telah dibuat tahun lalu.” Oleh itu katanya, “berita baik lebih kepada soal kajian semula elaun seperti imbuhan perumahan dan elaun sara hidup (Cola).”
Pada 1 Mac lalu, Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata, kertas kajian mengenai perubahan gaji penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum telah dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangan Jawatankuasa Kabinet Gaji.
Beliau berkata, kajian itu dilakukan oleh pihaknya bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berikutan perkara tersebut merupakan antara masalah yang dihadapi dalam perkhidmatan awam negara ini.
Ketua Setiausaha Negara berkata, masalah gaji sudah capai had maksimum atau statik dalam kalangan penjawat awam perlu perubahan selari dengan perkembangan semasa yang menyebabkan kenaikan kos hidup dan inflasi di negara ini pada kadar satu setengah peratus yang turut dihadapi penjawat awam.
Ali berkata, pada Sesi Amanat Perdana Menteri kepada Perkhidmatan Awam, hari ini, perdana menteri dijangka mengumumkan berita gembira kepada 1.4 juta penjawat awam.
“Kita tunggu sahaja perdana menteri membuat pengumuman tidak lama lagi dan kalau ada insentif, kita sama-sama tunggu.
“Tahun ini amat penting kerana kita perlu lihat kerajaan mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam,” katanya.
* p/s – Esok akan diumumkan berita baik buat semua PA di Malaysia. Mungkinkah gaji yang naik? Mungkinkah ITP naik? Mungkin juga COLA diselaraskan kepada RM300? Mungkin mungkin mungkin juga pasukan keselamatan (polis+tentera) menerima imbuhan khas disebabkan jasa mereka di Lahad Datu? Sama² kita nantikan esok!!