Kisah Karangan Anak Cikgu
Suami : Awak buat apa tu?
Isteri : Menanda karangan…
Suami: Ngape, saya tengok sekejap awak senyum, sekejap ketawa, sekarang ni menangis pulak?
Isteri : Saya sedang menanda karangan murid ni, “nak jadi apa”, kipas, pen dan sebagainya.
Suami : Dah tu kenapa sampai menangis?
Isteri : Ya la ada yang lucu, ada yang sedih. Seorang murid ni nak jadi TV. Ngape nak jadi TV? Sebab, bila ayahnya balik keje, terus buka tv, ibu balik keje, penat-penat terus pergi kat tv, adik-beradik kumpul ramai-ramai duduk depan tv, jadi saya nak jadi tv…
Suami : Abang rasa anak ni tentu kurang kasih sayang dari ibu bapanya.
Isteri : Huarghh…. Abang, budak ni ANAK KITA !!!!
( kredit untuk Cendera Wasih )
Moral of the story: Jangan kerana tugas kita yang semakin membebankan, keluarga sendiri diabaikan.
>> Update :
- Evidens Bahasa Melayu Tahun 2 – band 5 (4 fail) [ Here ]
3,973 total views, 1 views today