Password SPPBS disekat ?

Untitled

klik gambar untuk besarkan

Salam perpaduan buat semua pengguna portal ini, harapan saya adalah anda semua sentiasa ceria menjalani hidup ini yang semakin hari semakin kian mencabar. Sebagai pendidik, tak dinafikan tugas kita sangat memerlukan mental, emosi & fizikal yang kuat untuk menangkis serta menyerap segala bebanan tugas pengkeranian, isi data online (makin banyak muncul pelbagai aplikasi yang entah apa-apa), fail ini & itu dan 1001 macam lagi tugas. Tugas mendidik yang sepatutnya menjadi “core bussiness” kita, dah terganggu dek aplikasi online yang pelbagai macam. Pening bukan?

“Ada guru yang pernah letak jawatan kerana tekanan kemahiran ICT yang sangat mendesak sekarang…”

*****************

Kalau anda lihat paparan gambar di atas, mungkin ia pernah berlaku terhadap guru-guru di luar sana. Adakah saya juga terlibat? Ya! Itu sudah pasti! Saya akui pernah alami keadaan di atas. Walaupun dengan kemahiran ICT saya yang agak baik!

Pengalaman saya, punca sebenar benda ini berlaku bukanlah sebab saya lupa password-nya (setiap password saya rekod). Tapi sebab SUP sekolah tak maklumkan mereka dah tukar password semua guru! Saya pun hairan juga, selalunya sekali saja saya taip password & terus boleh login. Kali ke-2 taip password & enter, tak boleh! Eh, aku silap tekan ke? Aku lupa password ke? Lepas taip kali ke-3, masih password yang sama, BOOM ! Keluar statement kat atas, “KATA LALUAN ANDA TELAH DISEKAT!” Aduh, tension-nya….Dah tertangguh kerja. Nak marah siapa agaknyer?

Apa nak buat? Kenalah call SUP sekolah maklumkan no. k/p dah kena block.

Pernahkah kata laluan SPPBS anda disekat ?

View Results

Loading ... Loading ...

6,021 total views, 1 views today


Eviden PK Tahun 3

Gambar Contoh

Gambar Contoh

>> Update <<

  1. Bahan evidens Pendidikan Kesihatan Tahun 3 – band 1
  2. Slaid power point Pendidikan Kesihatan Tahun 3 – band 1   [ Here ]
  3. Bahan evidens Pendidikan Moral Tahun 3 – band 1
  4. Slaid power point Pendidikan Moral Tahun 3 – band 1    [ Here ]
  5. Slaid power point Pendidikan Sivik Tahun 4 – Keunikan pakaian tradisional di Malaysia  [ Here ]

13,823 total views, 1 views today


Komputer riba semua pelajar dapat, ya @ tidak ?

TPM

TPM

Satu demi satu berita baik diumumkan oleh kerajaan sejak kebelakangan ini taktala kehangatan pilihanraya umum ke-13 semakin kuat terasa. Esok (10 April, 2013), pihak SPR akan mengumumkan tarikh penamaan calon & tarikh membuang undi. Baru sahaja saya menonton berita di tv3 tadi di mana pengerusi SPR membayangkan yang proses pengundian mungkin dibuat pada hari bekerja. Pada pandangan peribadi saya, mungkin guru-guru sukar sedikit di mana perlu mengajar pada waktu pagi & mengundi pada waktu petang. Agak penat juga bukan? Tapi, sama-sama kita tunggu keputusan SPR esok.

Semalam (8 April, 2013), TPM telah memberi bayangan kemungkinan besar pihak kerajaan akan membekalkan komputer riba kepada seluruh pelajar sekolah di setiap pelusuk negara ini pada tahun 2014 nanti. Wah! Jika ini menjadi kenyataan, beruntunglah anak didik kita semua. Kalau guru turut sama diberi komputer riba ini, sudah tentu kita semua melompat gembira juga! Bertambah rajinlah guru-guru mengisi data dalam SPPBS yer!

************************

Tapi berdasarkan pengalaman saya, kemungkinan komputer riba yang bakal diberi datangnya dari SKMM. Anda tahu tak rupa bentuk komputer itu? Nah, di bawah saya selitkan gambarnya.

IMG_0220

Sebenarnya, ada rakan-rakan guru yang saya kenali pernah mendapat hadiah komputer riba ini ketika mereka menerima sijil APC pada tahun lepas (2012). Masa tu, ramailah guru yang cemburu sebab sebelum-sebelum ini dalam majlis APC, tak pernah pun mereka dapat, rezeki masing-masinglah. Kalau tak silap, jenama komputer riba ini datangnya dari negara China.

Lepas mereka pakai dalam beberapa bulan, macam-macam masalah timbul. Antaranya masalah Operating System (OS), tempoh caj bateri yang sangat lama baru penuh & gagal nak hidupkan fungsi wireless. Ada guru yang dah hantar balik komputer ini ke PPD untuk baik pulih. Tapi tak dinafikan ada juga yang ok. Cuma saya mencadangkan agar pihak SKMM jika mahu memberi barangan/hadiah kepada guru, biarlah yang kualitinya lebih baik. Guru ini adalah golongan yang profesional. Biarlah layanan yang diterima, sama baik dengan pegawai bertaraf profesional di jabatan mahu pun di kementerian yang lain. Kursus sekarang pun kebanyakan dijalankan di sekolah-sekolah, jarang sekali di hotel berbanding dulu.

***************************

~ Kerjaya yang profesional perlukan kepada layanan yang profesional ~

4,404 total views, 1 views today


Eviden Moral Tahun 3

gambar contoh

gambar contoh

>> Update <<

  1. Bahan evidens Pendidikan Moral Tahun 3 – band 1
  2. Bahan evidens Pendidikan Moral Tahun 3 – band 2
  3. Bahan evidens Pendidikan Moral Tahun 3 – band 3
  4. Bahan evidens Pendidikan Moral Tahun 3 – band 4
  5. Bahan evidens Pendidikan Moral Tahun 3 – band 5
  6. Bahan evidens Pendidikan Moral Tahun 3 – band 6   [ Here ]

19,892 total views, 4 views today


Manifesto BN vs PR – Apa murid dapat?

Semalam telah tersiarnya siaran langsung bagi pelancaran manifesto Barisan Nasional (BN) di saluran tv seperti TV3, Astro Awani & beberapa saluran yang lain. Saya sempat menyaksikan siaran langsung itu dari awal hingga akhir selama hampir 60 minit ianya dibentangkan oleh Perdana Menteri kita. Tapi sebelum itu, pihak Pakatan Rakyat (PR) juga telah melancarkan manifestonya beberapa minggu lepas. Persoalannya di sini?

Apa yang akan sampai kepada murid sekolah nanti selepas PRU13?

……………….

Di sini saya akan senaraikan intipati manifesto kedua-dua pihak baik BN mahupun PR supaya kita dapat buat perbandingan.

  • Barisan Nasional :
  1. Sistem persekolahan diubah kepada 1 sesi.
  2. Transformasi sekolah vokasional.
  3. Bantuan awal persekolahan dinaikkan kepada RM150 daripada Rm100 sebelum ini.

 

  • Pakatan Rakyat :
  1. Bahasa Kebangsaan dimartabatkan, hak bahasa ibunda dijamin, Bahasa Inggeris dipertingkatkan.
  2. Mengiktiraf Sekolah Janaan Rakyat (Sekolah Agama Rakyat, SJKC/T, sekolah persendirian Cina, Tamil, Iban, Kadazan, Mubaligh) dengan bantuan tambahan RM300/murid.
  3. Mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (Gabungan Sekolah Menengah Cina), UEC bagi tujuan kemasukan ke IPT.

* p/s – Terserah kepada anda di luar sana untuk membuat pertimbangan, manifesto manakah yang sampai kepada murid anda.

******************

>> Update <<

  1. Borang kelompok pentaksiran Pend. Islam tahun 1
  2. Borang Kelompok Tahun 1 AL QURAN
  3. Borang kelompok Tahun 2 Al Quran   [ Here ]

4,031 total views, 2 views today


Kisah Karangan Anak Cikgu

DSCF4263

 

Suami : Awak buat apa tu?

Isteri : Menanda karangan…

Suami: Ngape, saya tengok sekejap awak senyum, sekejap ketawa, sekarang ni menangis pulak?

Isteri : Saya sedang menanda karangan murid ni, “nak jadi apa”, kipas, pen dan sebagainya.

Suami : Dah tu kenapa sampai menangis?

Isteri : Ya la ada yang lucu, ada yang sedih. Seorang murid ni nak jadi TV. Ngape nak jadi TV? Sebab, bila ayahnya balik keje, terus buka tv, ibu balik keje, penat-penat terus pergi kat tv, adik-beradik kumpul ramai-ramai duduk depan tv, jadi saya nak jadi tv…

Suami : Abang rasa anak ni tentu kurang kasih sayang dari ibu bapanya.

Isteri : Huarghh…. Abang, budak ni ANAK KITA !!!!

( kredit untuk Cendera Wasih )

Moral of the story: Jangan kerana tugas kita yang semakin membebankan, keluarga sendiri diabaikan.

>> Update :

  1. Evidens Bahasa Melayu Tahun 2 – band 5 (4 fail)   [ Here ]

3,973 total views, 1 views today


Kaji Selidik Menjelang PRU 13

images

 

 

Hari ini merupakan hari yang sangat bererti buat semua rakyat Malaysia yang layak mengundi pada PRU 13 nanti di mana pengumuman pembubaran parlimen Malaysia telah pun diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pagi tadi. Setelah sekian lama menjadi tanda tanya pelbagai pihak & pelbagai spekulasi tarikh pembubaran telah dikeluarkan, akhirnya terjawab sudah hari ini.

Sempena pembubaran parlimen ini, Portal KSSR Online ingin menjalankan kaji selidik dalam kalangan pengguna portal ini mengenai 3 soalan menjelang PRU 13. Jawapan yang diberikan amatlah dihargai & harus diingat bahawa negara ini mengamalkan sistem politik demokrasi Raja Berpelembagaan. Oleh itu, anda bebas memilih jawapan anda. Terima kasih.

Adakah anda pengundi kali pertama pada PRU 13 ini?

View Results

Loading ... Loading ...

Adakah anda sudah memilih parti yang akan diundi pada PRU 13 nanti?

View Results

Loading ... Loading ...

Pada pandangan anda, parti manakah yang akan menerajui kerajaan selepas PRU 13?

View Results

Loading ... Loading ...

3,325 total views, 3 views today


Kejohanan Badminton Daerah

IMG-20130402-WA0000

Murid main badminton

 

Admin:

Kedatangan bulan April setiap tahun memberi isyarat bahawa tibalah masa guru-guru keluar dari sekolah untuk membawa murid-murid ke kejohanan-kejohanan sukan yang pelbagai macam. Seperti gambar di atas, saya juga tidak terkecuali dari tugas sebagai pengurus pasukan Kelab Badminton sekolah untuk membawa pemain-pemain yang 1 hari nanti mungkin bakal menggantikan Datuk Lee Chong Wei, siapa yang tahu? Hari pertama bermain, murid sangat teruja & lebih teruja lagi apabila mereka tahu layak ke peringkat separuh akhir esok! Wah…Nampaknya 2 hari lah saya terpaksa bertugas di luar sekolah. Boleh juga berkenalan dengan guru-guru lain sambil menganalisa rentak permainan murid-murid mereka, “sambil menyelam, sambil minum air“.

<<Update>>

  1. Borang Pentaksiran Sains Tahun 3
  2. Transit Moral Tahun 2   [ Here ]
  3. Cut and paste alphabet apple tree
  4. Lembaran kerja TMK Tahun 2  [ Here ]

2,873 total views, 2 views today


Eviden PJ Tahun 1

BT2480

 

Admin:

“Pada permulaan pelaksanaan KSSR 2 tahun lepas iaitu pada tahun 2011, saya secara peribadinya tidaklah begitu faham sepenuhnya tentang apa yang nak kena buat sekembalinya ke sekolah selepas kursus KSSR. Pada ketika itu, boleh dikatakan agak blur nak buat aktiviti ketika subjek Pendidikan Jasmani. Modul pulak belum diedarkan lagi ke sekolah-sekolah. Apa yang berlaku seterusnya? Sesi P&P nampak gayanya terpaksa saya teruskan dengan kurikulum yang lama iaitu KBSR. Tapi sekarang sudah banyak penambahbaikan dalam KSSR setelah menjangkau usianya ke tahun ke-3. Walaupun begitu, secara peribadinya saya akui beberapa kelemahan masih ada. Di sinilah peranan kita sebagai guru untuk mengutarakannya. Harap-haraplah didengari pihak atasan…”

<< Update >>

  1. Evidens PJ Tahun 1- Band 1 ( 2 fail )
  2. Evidens PJ Tahun 1 – Band 2 ( 7 fail )   [ Here ]

7,890 total views, 1 views today