Selamat malam buat semua pengungjung portal. Bahan-bahan berikut sudah saya uploadkan & ianya adalah kiriman dari rakan guru yang sudi berkongsi bahan untuk semua. Nama guru tersebut telah saya sertakan bersama evidens/instrumens beliau. Terima kasih diucapkan. Jangan lupa jaga kesihatan anda semua di kala musim jerebu ini. Kasihan kita guru-guru, pihak tertentu hanya menjaga kesihatan murid sahaja (sangat bagus), tetapi kita guru-guru kurang diberi perhatian di kala negara dilanda musibah ini (sedih bukan?).
Kemahiran menggambar (band 1-6) [Noor Azanlina Abdullah,SK Kg Baru Kuala Abang]
Menggambar Part 1 [Noor Azanlina Abdullah,SK Kg Baru Kuala Abang]
Corak & Rekaan [Noor Azanlina Abdullah,SK Kg Baru Kuala Abang] [Here]
Selamat malam buat semua pengunjung portal. Saya telah menerima beberapa bahan yang dikirim oleh rakan-rakan guru yang lain yang telah meng”upload” bahan mereka di SINI. Ucapan terima kasih buat mereka & nama mereka akan dipaparkan bersama bahan untuk tujuan kredit/penghargaan. Saya amat menggalakkan sesi perkongsian bahan seperti ini. Jika ada guru yang ingin berkongsi bahan mereka, klik di SINI atau anda boleh ke ruangan Upload Bahandi sebelah kanan (bawah) portal.
[update]:
Borang Transit Kelas MT Tahun 4 2014 [Sherliza Ismail SK Pusat Dungun]
Borang Transit Individu MT Tahun 4 2014 [Sherliza Ismail SK Pusat Dungun] [ Here ]
RPT KSSR Muzik Tahun 1 [Rosidah Darus SK Bdr Sg Buaya] [ Here ]
RPT KSSR Matematik Tahun 4 [Sherliza Ismail SK Pusat Dungun] [ Here ]
Selamat malam buat para pengunjung. Lanjutan daripada pertandingan yang saya tulis dalam artikel lepas, kini saya sudah menemui pemenangnya (rujuk gambar di atas). TAHNIAH diucapkan atas penglibatan anda dalam memberi jawapan yang tepat (lebih daripada jangkaan jawapan yang diminta). Di sini ingin saya umumkan hadiah misteri buat pemilik Facebook di atas. Anda akan menerima hadiah berupa Kredit Isian Semula (topup) bernilai RM10 untuk telefon bimbit (apa-apa saja rangkaian).
Saya akan PM anda di alamat facebook di atas. Terima kasih kepada semua yang telah menjawab 🙂
Dulu semasa saya berada di tingkatan 4 sekitar tahun 1999, ada sebuah majalah pelajar yang dijual di sekolah. Isi dalamnya macam biasa lah, berkisar tentang pelajaran. Tapi yang menariknya, yang mengingatkan saya sehingga kini ialah di muka surat terakhir majalah itu akan ada gambar seperti di atas. Setiap kali keluaran majalah itu, gambar berlainan akan disisipkan. Anda, anda & anda di luar sana tahu tak apa yang ada di sebalik gambar ini?
Sebenarnya ada objek 3D yang tersembunyi. TETAPI, hanya jika anda menjumpainya! Jika tidak, mungkin anda anggap ia hanya sekadar gambar biasa. Baiklah, jika ada sesiapa antara anda semua yang dapat meneka dengan betul, hadiah misteri menanti!
Bagaimana nak menjawab? Mudah saja, tinggalkan jawapan di ruangan komen. Pastikan guna akaun Facebook anda supaya saya boleh PM nanti jika anda menang!