Kisah anak guru lemas dalam kereta

anak guru lemas-sinar harian

Sumber : Sinar Harian

Saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan berkenaan kejadian yang menimpa rakan guru kita baru-baru ini. Pertama sekali saya melahirkan rasa sedih & simpati yang teramat sangat terhadap keluarga guru berkenaan. Ucapan takziah sajalah yang mampu diungkapkan  atas apa yang telah terjadi. Guru perempuan itu adalah saudara guru kita, rakan seperjuangan kita & sebidang dengan kita maka saya rasa kita PATUT memahami situasi sebenar yang beliau alami sekarang.

Sebagai seorang Muslim, kita wajib terima bahawa setiap ajal yang berlaku adalah telah ditentukan masa, sebab, tempat & keadaan oleh-Nya. Tidak terawal & tidak terlewat barang sesaat. Oleh itu saya menyeru agar dihentikan segala tuding-menuding jari untuk mencari siapa yang patut dipersalahkan. Jika saya melihat dari sudut guru itu, dia sudah tentu tidak mahu benda ini terjadi, SUDAH TENTU! Saya fikir kita semua setuju untuk ini. Jadi amat tidak adil sama sekali kita menyalahkan beliau 100% kerana mungkin dalam kekalutan untuk menghadiri mesyuarat, keterlupaan itu berlaku. Apa yang beliau tunjukkan dalam kejadian ini adalah KOMITMEN TINGGI terhadap profesion keguruan dengan kesungguhan menghadiri mesyuarat sehingga di antaranya berlaku kejadian menyayat hati. Ibu mana yang tidak sayangkan anak.

Jangan ambil ringan, belajar dengan perkara yang telah berlaku.” – Menteri Pembangunan Wanita

Di media sosial (facebook, twitter & blog), ramai yang telah memberi komen berbentuk positif & tidak kurang juga yang negatif walaupun di bulan mulia ini. Jagalah tutur kata anda kerana zaman maya yang serba serbi canggih dengan adanya internet ini, fitnah & tohmahan berlaku bukan lagi di mulut tapi di hujung jari kita. Sama-samalah kita hadiahkan Al-Fatihah untuk arwah anaknya.

4,875 total views, no views today