(4 Gambar) CCTV di sekolah

 

Gambar lokasi CCTV yang di pasang di sekolah. Apa pendapat anda?

3,037 total views, 1 views today


Eviden BM Tahun 2 (samb.) + CCTV di sekolah?

bahasa jiwa bangsa2

 

Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung portal ini. Maaf kerana lambat update dengan bahan & cerita terbaru dari saya. Dua minggu lepas memang sangat sibuk dengan program perkhemahan unit beruniform peringkat sekolah. Lepas itu disusuli pula dengan perkhemahan Pandu Puteri Tunas peringkat daerah, sekolah saya menjadi tuan rumahnya. Maka berganda-ganda sibuknya. Terasa sekolah sudah jadi macam rumah pula 🙂

Anda semua perasan atau tidak, sekarang ini CCTV sudah mula dipasang di sekolah-sekolah & PPD? Ya, sekolah saya sudah datang kontraktornya Khamis lepas. Berapa bilangan CCTV? Ada yang kata 8 unit. Betul ke? Sebenarnya 4 unit sahaja. Yang menarik perhatian adalah lokasi pemasangannya bukan? Ada cakap-cakap yang ia akan dipasang di dalam bilik darjah & pejabat. Sebenarnya itu tidak benar sama sekali. Di sekolah saya ia dipasang di koridor bangunan 4 tingkat, di koridor pejabat, koridor makmal komputer & satu lokasi lagi saya belum jumpa lagi CCTV-nya. Lokasi rahsia agaknya. Bila ada CCTV maka sudah pasti ada tv-nya yang merakam bukan? Siapa agaknya di fikiran anda yang boleh melihat semua aktiviti di 4 lokasi tersebut? Sudah tentu Guru Besar! Ya, monitor dipasang di biliknya & ia mampu merakam untuk tempoh selama 2 minggu. Selepas itu ia akan auto-delete.

Sudahkah CCTV dipasang di sekolah anda?

View Results

Loading ... Loading ...

Di sini saya telah uploadkan lanjutan kepada eviden Bahasa Melayu Tahun 2 [empat fail kesemuanya] ;

  1. Eviden BM T2 – Band 6
  2. Eviden BM T2 – Band 6
  3. Eviden BM T2 – Band 6
  4. Eviden BM T2 – Band 6   [ here ]

12,394 total views, 3 views today


Buat duit dengan blog melalui Nuffnang

cek dari Nuffnang

cek dari Nuffnang

Selamat petang kawan-kawan pengunjung setia Portal KSSR Online. Usia portal ini sudah menjangkau ke 9 bulan. Kalau ikutkan memang masih agak baru lagi, orang kata masih “baby” lagi. Ada portal/blog lain yang sudah mula bertapak sejak 2006 lagi tapi pada ketika itu tidaklah popular arena berkongsi maklumat melalui portal/blog.

Portal ini sebenarnya adalah bercirikan blog & saya menggunakan perisian WordPress yang sememangnya popular ketika ini. Ramai blogger di luar sana sudah bertukar dari Blogspot ke WordPress saban hari. Lebih mudah & mesra dengan enjin carian Google. Tapi sudah pasti portal ini berbayar domain & hostingnya. Cuma setahun sekali perlu diperbaharui sewaannya.

Jika anda melihat kepada gambar yang saya sisipkan, ia sebenarnya adalah cek ke-2 dari sebuah syarikat pengiklanan iaitu Nuffnang yang ber-ibu pejabat di Pulau Pinang. Saya pernah menulis tentang syarikat ini di entri yang lepas. Nuffnang menjadikan portal ini sebagai medium yang mengiklankan pelbagai produk ternama dari pelbagai syarikat. Jika anda berminat & klik pada sesuatu iklan yang sedang terpapar di portal ini, maka komisen tertentu akan dijana melaluinya. Kos pendaftaran? Ia adalah percuma untuk mendaftar dengan syarat anda mempunyai blog sendiri sama ada berasaskan Blogspot ataupun WordPress.

***********************

1. Eviden Dunia Sains & Teknologi Tahun 1 – B3D1E1

2. Eviden Dunia Sains & Teknologi Tahun 1 – B3D2E1

3. Eviden Dunia Sains & Teknologi Tahun 1 – B3D2E2

4. Eviden Dunia Sains & Teknologi Tahun 1 – B3D2E3

5. Eviden Dunia Sains & Teknologi Tahun 1 – B3D3E1

[ Get it here ]

***********************

Ini sebenarnya salah satu pendapatan pasif yang boleh kita usahakan. Ramai antara guru yang bising tentang kenaikan petrol & diesel baru-baru ini. Ya, saya pun sangat benci apabila minyak naik. Ia menyebabkan barangan lain juga naik. Tapi apa gunanya sekadar meluahkan di bibir, di kantin dengan rakan-rakan lain, di facebook, di twitter dan sebagainya? Tak membawa kepada turunnya harga petrol bukan? Jadi saya mengambil inisiatif untuk mewujudkan sebuah portal yang dapat membantu guru-guru di seluruh Malaysia & murid-murid juga kelihatan selalu berkunjung sambil memberi komen. Sementara kita sama-sama memberi dan menerima, saya selitkan unsur pengiklanan dalam portal ini sebagai usaha untuk menjana pendapatan.

Jika ada rakan-rakan guru yang berminat, maka bolehlah bermula dari sekarang. Ayuh kawan-kawan kita hidupkan untuk memberi dan menerima! Terima kasih semua atas sokongan anda. 🙂

3,922 total views, no views today


Soalan Ujian Bulanan September 2013 + Google Chrome Book

crhome_book

Staf YTL memasang Chrome Book di makmal komputer

Adakah anda mengetahui tentang syarikat YTL? Pernahkah mendengar namanya? Sebenarnya ia adalah sebuah syarikat yang bertanggungjawab menguruskan kelengkapan ICT di sekolah-sekolah di Malaysia mutakhir ini. Syarikat ini banyak menguruskan tender berkaitan ICT di bawah KPM. Jika dahulu, talian internet di sekolah-sekolah diletakkan di bawah projek School Net dan diikuti dengan TMNet tapi sekarang banyak sekolah sudah menerima talian internet di bawah projek 1BestariNet termasuklah sekolah saya.

Modem WiFi yang digunakan untuk menarik signal internet adalah Yes4G & sebanyak 4 unit dibekalkan ke sekolah saya. Tapi ini bukan cerita yang terbaru. Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah tentang projek Google Chrome Book (Netbook) yang sekolah saya terima pada 5 Sept 2013 lepas. Kalau cikgu agak kurang faham, ia sebenarnya adalah laptop & jumlah yang diterima agak banyak juga, 41 unit. Bukan itu sahaja, ada lagi barangan lain seperti printer laser jet, sebuah troli yang boleh memuatkan 41 unit chrome book, 41 unit head fon & sebuah modem Yes 4G berwarna putih khas untuk kegunaan chrome book ini sahaja.

Chrome book ini tidak menggunakan sistem operasi Windows. Ia hanya berfungsi jika ada talian WiFi internet & akaun VLE, sistem Cloud lebih tepat istilahnya. Setiap guru & murid sudah dibekalkan dengan akaun VLE masing-masing. Jika berpindah tahun ini, sila bertanya guru ICT sekolah lama cikgu. Setakat ini, saya belum lagi gunakannya bersama murid. Mungkin selepas UPSR nanti.

**************

UPSR akan bermula Selasa ini, harapannya agar murid kita sudah bersedia. Cikgu-cikgu dah penat berhempas-pulas untuk menyediakan murid-murid sepanjang tahun ini. Semoga apa yang didoakan menjadi makbul hendaknya. Jika ada antara sekolah cikgu yang mengadakan ujian bulanan September, bahan berikut telah saya uploadkan.

  1. Soalan ujian Matematik KSSR T3
  2. Soalan ujian Moral KSSR T3           [here]

56,238 total views, no views today


Modul TMK Tahun 4

modul p&p

 

Empat hari berkampung di PKG memerah minda memahami subjek baru KSSR TMK Tahun 4 minggu lepas memang agak penat juga. Banyak ilmu yang diberi tapi saya kurang pasti sejauh mana pemahaman di peringkat awal ini bagi rakan yang lain. Yang pasti istilah “band” tidak akan digunakan lagi. Ia diganti dengan istilah yang lain, lebih mesra sebutannya.

Tempoh pelaksanaan subjek ini bukanlah sepanjang tahun 2014 nanti tapi 1 semester sahaja (6 bulan), manakala semester seterusnya (6 bulan berikut) akan disambung dengan subjek Reka Bentuk Teknologi (RBT). Pengurusan jadual kelas bagaimana? Ya, perlu ubah jadual. Di sini, GPK1 perlu pandai susun jadual ini untuk guru ini, dan itu untuk guru itu. Untuk pengetahuan cikgu, RBT hanya boleh diajar oleh guru Kemahiran Hidup (KH) sahaja! Kalau guru TMK & RBT adalah orang yang sama, maka problem solved. Tak perlu tukar jadual. Kalau seorang TMK seorang lagi RBT, jadual perlu ubah lepas 6 bulan. Faham? hehe..

[Breaking News] – Harga minyak petrol Ron95 & diesel dinaikkan 20 sen mulai tengah malam ini. Orang ramai dah mula berkampung di stesen minyak sejak berita rasmi harga naik diwar-warkan tadi. Gaji naik, minyak pun naik? Hurmm.. 🙂

>> Diesel & RON95 naik 20 sen <<

***************

Bahan berikut telah diupload;

  1. Modul 1 Dunia Komputer BM – TMK
  2. Modul 2 Dunia Komputer BM – TMK
  3. Modul 3 Dunia Komputer BM – TMK
  4. Modul 4 Dunia Komputer BM – TMK
  5. Modul 5 Dunia Komputer BM – TMK    [here]

34,362 total views, 5 views today