Buat duit dengan blog melalui Nuffnang
Selamat petang kawan-kawan pengunjung setia Portal KSSR Online. Usia portal ini sudah menjangkau ke 9 bulan. Kalau ikutkan memang masih agak baru lagi, orang kata masih “baby” lagi. Ada portal/blog lain yang sudah mula bertapak sejak 2006 lagi tapi pada ketika itu tidaklah popular arena berkongsi maklumat melalui portal/blog.
Portal ini sebenarnya adalah bercirikan blog & saya menggunakan perisian WordPress yang sememangnya popular ketika ini. Ramai blogger di luar sana sudah bertukar dari Blogspot ke WordPress saban hari. Lebih mudah & mesra dengan enjin carian Google. Tapi sudah pasti portal ini berbayar domain & hostingnya. Cuma setahun sekali perlu diperbaharui sewaannya.
Jika anda melihat kepada gambar yang saya sisipkan, ia sebenarnya adalah cek ke-2 dari sebuah syarikat pengiklanan iaitu Nuffnang yang ber-ibu pejabat di Pulau Pinang. Saya pernah menulis tentang syarikat ini di entri yang lepas. Nuffnang menjadikan portal ini sebagai medium yang mengiklankan pelbagai produk ternama dari pelbagai syarikat. Jika anda berminat & klik pada sesuatu iklan yang sedang terpapar di portal ini, maka komisen tertentu akan dijana melaluinya. Kos pendaftaran? Ia adalah percuma untuk mendaftar dengan syarat anda mempunyai blog sendiri sama ada berasaskan Blogspot ataupun WordPress.
***********************
1. Eviden Dunia Sains & Teknologi Tahun 1 – B3D1E1
2. Eviden Dunia Sains & Teknologi Tahun 1 – B3D2E1
3. Eviden Dunia Sains & Teknologi Tahun 1 – B3D2E2
4. Eviden Dunia Sains & Teknologi Tahun 1 – B3D2E3
5. Eviden Dunia Sains & Teknologi Tahun 1 – B3D3E1
[ Get it here ]
***********************
Ini sebenarnya salah satu pendapatan pasif yang boleh kita usahakan. Ramai antara guru yang bising tentang kenaikan petrol & diesel baru-baru ini. Ya, saya pun sangat benci apabila minyak naik. Ia menyebabkan barangan lain juga naik. Tapi apa gunanya sekadar meluahkan di bibir, di kantin dengan rakan-rakan lain, di facebook, di twitter dan sebagainya? Tak membawa kepada turunnya harga petrol bukan? Jadi saya mengambil inisiatif untuk mewujudkan sebuah portal yang dapat membantu guru-guru di seluruh Malaysia & murid-murid juga kelihatan selalu berkunjung sambil memberi komen. Sementara kita sama-sama memberi dan menerima, saya selitkan unsur pengiklanan dalam portal ini sebagai usaha untuk menjana pendapatan.
Jika ada rakan-rakan guru yang berminat, maka bolehlah bermula dari sekarang. Ayuh kawan-kawan kita hidupkan untuk memberi dan menerima! Terima kasih semua atas sokongan anda. 🙂
5,103 total views, no views today