[update 2] Bank Soalan Peperiksaan Akhir Tahun

SOALAN

 

Antara perlawanan bola sepak semi-final Sarawak VS Pahang atau pun keputusan pemilihan Naib Presiden & Ahli Majlis Tertinggi UMNO, yang mana satu-kah pilihan siaran anda malam ini? Kedua-duanya menarik bukan? Setakat saya menulis post ini, Pahang masih mendahului Sarawak dengan 3 gol berbalas 1. Keputusan pemilihan UMNO pula saya yakin dua orang penyandang Naib Presiden berjaya mengekalkan jawatan untuk pemilihan kali ini.

Portal ini menerima trafik (bilangan pengunjung) yang agak tinggi semenjak minggu lepas dek kerana ramai guru & murid tercari-cari soalan peperiksaan akhir tahun. Nasib baiklah portal ini stabil & tidak crash menangani jumlah download yang sangat tinggi. Boleh dikatakan trafik mencecah sehingga ribuan pengunjung untuk sehari apabila saya meneliti analisis trafik di hosting portal ini. Inilah yang dikatakan perkongsian ilmu adalah sesuatu yang sangat mulia untuk kita amalkan 🙂

*********************

Soalan berikut baru sahaja diupload di SINI.

  1. Soalan akhir tahun PJPK KSSR – Tahun 1
  2. Soalan akhir tahun Pendidikan Seni KSSR – Tahun 2
  3. Soalan akhir tahun Pendidikan Sivik – Tahun 5
  4. Soalan akhir tahun PJPK – Tahun 6

89,587 total views, no views today


[update] Bank Soalan Peperiksaan Akhir Tahun

SOALAN

Peperiksaan akhir tahun (PAT) 2013 akan bermula 21 Okt 2013 untuk sekolah-sekolah di sekitar Negeri Sembilan. Sekolah-sekolah di negeri lain saya kurang pasti. Ada yang sudah selesai, ada yang sedang dijalankan, ada yang belum lagi bermula seperti sekolah saya. Saya tahu kita guru-guru pasti berhempas pulas menyiapkan soalan yang terbaik untuk murid-murid kita. Kalau boleh soalan itu tidaklah terlalu susah kerana pada akhirnya jika keputusan murid merudum, kita juga yang dapat bahana-nya. Jika terlalu senang pula, kelak tidak mencabar KBKK murid! Maka, sederhana-kan lah soalan cikgu. Di maktab, kita sudah diajar bukan cara-cara membina soalan? 🙂

Soalan berikut baru sahaja diupload. Sila ke SINI untuk mendownload !

  1. Soalan akhir tahun Pendidikan Moral KSSR – Tahun 3
  2. Soalan akhir tahun Matematik KSSR – Tahun 3
  3. Soalan akhir tahun PJPK KSSR – Tahun 3
  4. Soalan akhir tahun Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan – Tahun 4

59,680 total views, no views today


Bank Soalan Peperiksaan Akhir Tahun

SOALAN

Saya pasti & yakin ramai antara kita kalangan guru serta murid sedang mencari-cari soalan di internet untuk dijadikan bahan peperiksaan akhir tahun nanti juga sebagai bahan ulangkaji khususnya kepada murid-murid. Ya, anda jangan tak tahu bahawa bukan guru saja yang aktif menggunakan portal ini bahkan murid juga aktif bertanya itu & ini disamping memuat turun. Kalangan ibu bapa juga kelihatan memberi komen positif tentang impak portal ini terhadap perkembangan pendidikan anak-anak mereka. Saya tumpang gembira dapat memudahkan anda semua 😉

Jadi di sini telah saya wujudkan paparan baru iaitu BANK SOALAN untuk mengumpulkan pelbagai soalan ujian mahupun peperiksaan untuk kegunaan anda semua. Soalan-soalan berikut telah saya uploadkan sebentar tadi.

  1. Soalan akhir tahun PJPK tahun 2
  2. Soalan akhir tahun Pendidikan Seni tahun 3
  3. Soalan akhir tahun PJPK tahun 4
  4. Soalan akhir tahun Pendidikan Moral tahun 5
  5. Soalan akhir tahun PJPK tahun 5

 

*p/s – sila klik perkataan BANK SOALAN untuk mendownload !

137,122 total views, 4 views today