Bonus atau bantuan raya 2013 bagi penjawat awam?


bonus-raya-2013-kerajaan

Panas & hangat sekali isu ini semenjak dua tiga hari yang lalu, apa lagi kalau bukan berkenaan dengan bonus untuk para penjawat awam! Mula-mula agak kecoh dengan laman web ANM (e-penyata gaji) DISERBU oleh para penjawat awam yang nak semak slip gaji terbaru untuk bulan Julai 2013. Sampai tergendala web itu sehingga ke hari ini. Ada guru yang boleh download slip gaji mereka, ada yang merungut tak dapat. Syukur juga saya berjaya download semalam sekitar jam 4.30 pm. Masing-masing nak semak sama ada KGT yang PM janjikan sebanyak dua kali untuk tahun ini iaitu yang kedua (masuk pada bulan Julai) benar-benar masuk atau belum. Saya sempat menjelajah facebook KGM (Kami Guru Malaysia), membaca banyak sekali komen-komen dari guru-guru. Ada yang dah dapat KGT Julai, ada juga yang belum! Saya rasa kita perlu rujuk kepada kerani sekolah masing-masing. Mungkin ada borang kew-8 yang tertinggal? Manalah tahu terselit-selit di bawah fail yang menimbun, kerani pula tak nampak.

Saya pasti ramai penjawat awam di luar sana termasuk guru-guru sangat resah menanti pengumuman PM berkaitan pemberian bonus atau adakah bantuan kewangan khas seperti beberapa tahun sudah. Persoalannya, ada atau tidak? Saya sempat juga mencari info dari pelbagai sumber untuk tatapan rakan-rakan guru di portal ini.

facebook - bonus

Sumber : facebook KGM

Ini maklumat dari rakan guru sekitar petang tadi. Dari apa yang saya baca & teliti, beliau dakwa mendapat info dari kakak beliau yang ada kenalan rapat yang bertugas di CEUPACS. Kalau dilihat dari amaun, ia merupakan Bantuan Kewangan Khas dan bukannya bonus setengah bulan gaji seperti yang dituntut oleh CEUPACS. Tarikh bayaran diramal pada 31 Julai 2013 (Rabu). Jika ini BENAR, maka saya boleh menarik nafas lega kerana amaun itu cukup untuk keperluan menjelang hari raya nanti. Tapi tak tahulah anda bagaimana pula, cukup atau tak?

Info di bawah ini pula saya dapat dari Berita Terkini.my;

Maklumat Terkini Bonus Kakitangan Awam : Bonus Raya 2013

Sekurang-kurangnya jumlah pembayaran bonus raya :

  • Kakitangan Awam : RM500
  • Pesara Kerajaan : RM250

Pengumuman Bonus Raya 2013 

  • Tarikh : 24 Julai @ 31 Julai 2013
  • Hari : Rabu
  • Diumumkan : Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)

Jadi, setakat ini belum ada lagi info yang solid & benar-benar tepat selagi media arus perdana belum umumkan. Sama -sama kita nantikan BERITA BAIK dari PM kesayangan kita bermula esok.

4,261 total views, 3 views today