Kenaikan gaji kakitangan awam 2013 + Elaun: Berdasarkan sumber dalaman yang kami baru terima sebentar tadi dari Putrajaya di mana bahang Pilihanraya Umum ke 13 di sana semakin terasa. Bilik-bilik gerakan yang bertempat di Jabatan Pendaftaran Negara contohnya dikatakan telah bersedia. Dalam pada masa yang sama….
Gaji Kakitangan Awam + Elaun Perumahan Naik?
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji kakitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.
Dalam pada masa yang sama, (CUEPACS) dilihat akan terus menekan supaya kerajaan mengkaji semula faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak4%dengan menurunkan ia kepada 1%.
Sumber :: http://beritasemasa.com/kenaikan-gaji-kakitangan-awam-2013
Elaun Tetap Perumahan 2013 : Akhirnya, pihak Cuepacs telah pun menghantar kertas cadangan berkaitan dengan tuntutan majoriti kakitangan awam yang mahukan kenaikan elaun kakitangan awam seperti Imbuhan Tetap Perumahan(ITP) dipercepatkan. Cuma ada sedikit perubahan pada angka yang dituntut berdasarkan kertas cadangan kali ini apabila kami semak semula laporan berita sebelum-sebelum ini.
Jikalau berdasarkan kenyataan Omar Osman sebelum ini (DI SINI), Cuepacs mahu menuntut Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) sekitar RM480. Kali ini angka ada sedikit berkurangan untuk semakan terakhir sebelum dimuktamadkan.
Tuntutan Cuepacs 2013 Sebelum PRU Ke 13
Antara Yang Terkandung Dalam Kertas Cadangan Cuepacs yang telah dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara ialah :
Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) 2013 : Kenaikan daripada RM180 kepada RM450 disebabkan kos hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa
Elaun Sara Hidup (COLA) 2013 : COLA diselaraskan kepada RM300
Elaun penginapan : Kenaikan daripada RM120 kepada RM200 kerana kebanyakan hotel sudah menaikkan harga
Status jawatan kontrak melibatkan masalah hampir 50,000 kakitangan kontrak dalam perkhidmatan awam seluruh negara
Gaji maksimum melibatkan penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum serta kadar kenaikan (gaji) yang bakal diperoleh mereka (kenaikan antara 2 hingga 5 peratus)
Peranan ketua jabatan yang kadang-kala menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kakitangan bawahannya
Melihatkan rekod dan tindakan sebelum ini :
Tahun 2011 : masih dalam peringkat kajian
Tahun 2012 : masih lagi kajian
Tahun 2013 : harap-harapnya menjadi kenyataan
Kami yakin pada waktu yang terdekat ini, kakitangan awam lebih selesa jika elaun tetap perumahan diberikan perhatian yang lebih untuk direalisasikan.
Berdasarkan maklumat yang kami perolehi, sebenarnya kerajaan berbesar hati untuk memberikan kenaikan imbuhan tetap perumahan (ITP). Cuma kertas cadangan yang dihantar oleh Cuepacs sebagai salah satu prosedur biasa (syarat) sahaja.
Minggu ini masuk kertas cadangan.
Dalam masa terdekat, semakan cadangan akan dilakukan & diluluskan. Mungkin angka tidak akan dapat “sebiji” seperti yang dipohon. Mungkin berkurang sedikit. Mungkin tidak semua tuntutan tidak dipenuhi. Cuma Imbuhan Tetap Perumahan ITP akan diberikan perhatian lebih oleh pihak kerajaan buat masa ini termasuklah isu gaji maksimum.
Dan selepas itu, dijangka Perdana Menteri akan mengumumkannya semasa menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13.
Sumber : http://beritasemasa.com/kenaikan-imbuhan-tetap-perumahan-itp-2013
Dividen Tabung Haji2012 : Jikalau menjelangnya Pilihanraya Umum ke 12, Tabung Haji telah mengumumkan dividen Tabung Haji sekitar 5% dan dividen tambahan 2% sekaligus berjumlah 7% yang merupakan yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun terakhir pada masa itu. Kali ini rekod tersebut telah berjaya dipecahkan…..
Dividen Tabung Haji + Bonus 2012 Lebih Menarik Lagi
KUALA LUMPUR 7 Februari 2013. – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan dividen tabung haji sebanyak 8 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 iaitu yang tertinggi dalam sejarahnya. Ini merangkumi dividen tahunan sebanyak 6.5 peratus dan dividen khas Jubli Emas sebanyak 1.5 peratus.
Jikalau yang mana ada menyimpan di ASB boleh semak perbincangan hanya dikalangan pelabur ASB di Berita Semasa (DI SINI). Tetapi tidak semua memiliki akaun ASB. Di mana ada yang lebih gemar untuk menyimpan di akaun Tabung Haji.
Sejarah Dividen Tabung Haji 1994-2012
1994 : 9.5%
1995 : 9.5%
1996 : 9.5%
1997 : 9.5%
1998 : 8.0%
1999 : 8.0%
2000 : 5.5%
2001 : 3.25%
2002 : 3.5%
2003 : 4.0%
2004 : 4.3%
2005 : 4.5%
2006 : 4.75%
2007 : 5.0% + 2.0% Bonus
2008 : 5.0%
2009 : 5.0%
2010 : 5.5%
2011 : 6.0%
Dividen Tabung haji 2012 : 6.5% + 1.5 Bonus (Terkini)
P/S : Walaubagaimanapun dividen Tabung Haji kali ini masih belum mampu menandingi pembahagian dividen Tabung Haji sekitar tahun 90an. Dahulu lebih tinggi daripada sekarang.
PP/S : Jadi, apa kata penyimpan dan pendeposit semua dengan berita dividen Tabung haji 2012 kali ini?
Sumber : http://beritasemasa.com/dividen-tabung-haji-2012
KUALA LUMPUR 4 Feb: Ketika kerajaan berbangga dengan pelbagai bantuan disalurkan kepada rakyat menjelang pilihan raya, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi mendedahkan penyalahgunaan wang bantuan awal persekolahan oleh empat sekolah sekitar Semenanjung.
Beliau beralasan semua sekolah terlibat berbuat demikian bagi menggunakan wang tersebut untuk yuran aktiviti di bawah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Bekas Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Nordin Mahmud berkata, sekolah tersebut pecah amanah merembat RM100 duit bantuan khas pelajar dan ini sangat bertentangan tugas pendidik.
“Menarik wang itu kepada tabung aktiviti PIBG adalah tindakan diktator yang seolah-olah menafikan hak pelajar dan ibu bapa untuk mengawal selia wang bantuan terutama di kalangan pelajar miskin bagi tujuan persediaan awal anak-anak ke sekolah,” katanya ketika dihubungi.
Veteran guru itu menegaskan, walaupun wang tersebut digunakan untuk kegunaan pelajar secara kolektif, pihak sekolah seharusnya lebih jelas pelajar mereka dari pelbagai latar ekonomi.
Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa bertindak proaktif melapor dan mempertahankan hak mereka jika ada sekolah yang tidak menyerah atau memotong jumlah wang bantuan tersebut yang sepatutnya sampai kepada mereka.“Kita takut penyelewengan seperti ini berulang.
Sekolah terbabit patut dikenakan tindakan. Kita tak mahu pelajar dan ibu bapa menjadi mangsa penipuan,” katanya.Sebelum ini, pelbagai isu turut dikait dengan penyerahan wang persediaan awal persekolahan 1Malaysia yang mula diagih sejak 15 Januari lalu termasuk isu unjuran agihan yang tidak diperbaharui, isu kepelbagaian yuran tambahan baru diperkenalkan dan dana kepada sekolah tidak mencukupi bagi tujuan aktiviti sekolah.
** p/s – Kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi. Jangan bikin dunia pendidikan jadi panas !!! Kerana nila setitik, rosak nama sekolah & integriti guru².
Pelbagai berita gembira yang kedengaran sejak akhir-akhir ini. Pengumuman beberapa projek juta-juta di merata-rata tempat di seluruh negara. Dan terbaru, tiba giliran 1.4 juta kakitangan awam di seluruh negara pula menerima “berita gembira” yang dikatakan bakal diumumkan tidak lama lagi.
Kenyataan terbaru Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di mana beliau akan mengumumkan berita gembira untuk kakitangan awam, melibatkan beberapa isu berbangkit selama ini yang telah berjaya diselesaikannya.
“Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.
“Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi,” katanya.
Persoalannya apakah berita gembira yang dimaksudkan itu di mana dikatakan mampu menyelesaikan isu berbangkit dikalangan 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia selama ini? Adakah….
Adakah semua kakitangan awam akan menerima kenaikan gaji sekali lagi?
Adakah penjawat awam akan menerima habuan bonus sekali lagi sebelum tibanya Pilihanraya Umum ke 13?
Adakah juga elaun perumahan dan cola berjaya diseleraskan selepas sekian lama? (SEPERTI DI SINI)
Adakah ianya melibatkan kenaikan gaji 5% untuk yang telah mencapai “gaji mati”? (KLIK SINI)
Ataupun……adakah penantian selama 15 tahun bakal terlerai dengan akan berlakunya penyelarasan semula bagi J17 selepas permohonan kumpulan? Mungkin? (SUMBER SINI)
Anda ada mahu tambah senaraiannya?
Kami tidak merasakan ia bakal melibatkan kenaikan gaji kerana ia melibatkan perbelanjaan untuk jangka masa panjang dan mengambil kos yang tinggi. Kalau bonus sekalipun, hanya sekali sahaja dan ada kemungkinannya.
Jadi, apakah harapan dan tuntutan mengenai isu-isu berbangkit di sektor awam selama ini yang ingin anda keutarakan sebagai respon balas pengumuman yang bakal Tan Sri Muhyiddin maklumkan tidak lama lagi?
Sumber :: http://beritasemasa.com/kakitangan-awam-gaji-bonus-elaun