Soalan Sains UPSR bocor, peperiksaan ditangguh !

soalan-bocor-642x336

 

SHAH ALAM – Kertas peperiksaan subjek Sains bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan esok terpaksa ditangguh kerana didapati soalannya bocor.

Lembaga Peperiksaan dalam satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan, tarikh baharu bagi peperiksaan kertas Sains 018, 028, 038 adalah pada 30 September 2014.

Berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.

“Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang,” menurut kenyataan itu.

Kertas peperiksaan subjek Sains itu sepatutnya diduduki pelajar tahun enam pada jam 8.15 pagi sehingga 9.30 pagi, esok.

*Kredit : SINAR HARIAN

6,594 total views, no views today


Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2014

gambar hiasan

gambar hiasan

Salam buat semua.

Beberapa hari yang lepas sehinggalah ke saat ini, sangat sukar bagi penjawat awam untuk menembusi e-penyata gaji (e yang paling disukai berbanding 17e yang lain). Bukanlah kerana talian internet kita lembap tapi dek kerana server ANM yang tak dapat menampung jumlah pengguna yang sangat ramai (1.4 juta kakitangan awam jika semua celik IT). Setiap hari login untuk mengetahui jumlah gaji mereka khususnya untuk bulan November. Mungkin ada yang naik pangkat secara time-based, sudah tentu ingin mengetahui jumlah tunggakan berserta kenaikan gaji bukan? Tapi jangan terkejut jika yang naik itu banyak, maka potongan cukainya juga banyak.

Ramai sebenarnya yang merungut jurang masa gaji bulan lepas dengan bulan yang ini terlalu lama (6 minggu kan?). Saya pun hairan, apakah salahnya jika jadual gaji disusun supaya tidaklah sampai 6 minggu jaraknya. Ia menyeksakan bagi golongan penjawat awam kelas pertengahan & bawahan. Mengeluh panjang mereka.

**********************

Di sini saya lampirkan jadual pembayaran gaji bagi tahun 2014. Manalah tahu jika ada yang sudah mula ingin merancang perbelanjaan mereka dari sekarang, kan bagus begitu 🙂

 

JADUAL DAN TARIKH PEMBAYARAN GAJI 2014 (KAKITANGAN AWAM)

BULAN

TARIKH

KETERANGAN

Januari

23 Januari 2014
Khamis

Tahun Baru Cina
31 Jan – 1 Feb 2014

Februari

25 Februari 2014
Selasa

Mac

25 Mac 2014
Selasa

April

24 April 2014
Khamis

Mei

22 Mei 2014
Khamis

Pesta Kaamatan
30 – 31 Mei 2014

Jun

25 Jun 2014
Rabu

Hari Gawai
1 – 2 Jun 2014

Julai

22 Julai 2014
Selasa

Hari Raya Puasa
28 – 29 Julai 2014

Ogos

25 Ogos 2014
Isnin

September

25 September 2014
Khamis

Oktober

16 Oktober 2014
Khamis

Deepavali
23 Oktober 2014

November

25 November 2014
Selasa

Disember

18 Disember 2014
Khamis

Hari Krismas
25 Disember 2014

12,318 total views, no views today


Bonus atau bantuan raya 2013 bagi penjawat awam?

bonus-raya-2013-kerajaan

Panas & hangat sekali isu ini semenjak dua tiga hari yang lalu, apa lagi kalau bukan berkenaan dengan bonus untuk para penjawat awam! Mula-mula agak kecoh dengan laman web ANM (e-penyata gaji) DISERBU oleh para penjawat awam yang nak semak slip gaji terbaru untuk bulan Julai 2013. Sampai tergendala web itu sehingga ke hari ini. Ada guru yang boleh download slip gaji mereka, ada yang merungut tak dapat. Syukur juga saya berjaya download semalam sekitar jam 4.30 pm. Masing-masing nak semak sama ada KGT yang PM janjikan sebanyak dua kali untuk tahun ini iaitu yang kedua (masuk pada bulan Julai) benar-benar masuk atau belum. Saya sempat menjelajah facebook KGM (Kami Guru Malaysia), membaca banyak sekali komen-komen dari guru-guru. Ada yang dah dapat KGT Julai, ada juga yang belum! Saya rasa kita perlu rujuk kepada kerani sekolah masing-masing. Mungkin ada borang kew-8 yang tertinggal? Manalah tahu terselit-selit di bawah fail yang menimbun, kerani pula tak nampak.

Saya pasti ramai penjawat awam di luar sana termasuk guru-guru sangat resah menanti pengumuman PM berkaitan pemberian bonus atau adakah bantuan kewangan khas seperti beberapa tahun sudah. Persoalannya, ada atau tidak? Saya sempat juga mencari info dari pelbagai sumber untuk tatapan rakan-rakan guru di portal ini.

facebook - bonus

Sumber : facebook KGM

Ini maklumat dari rakan guru sekitar petang tadi. Dari apa yang saya baca & teliti, beliau dakwa mendapat info dari kakak beliau yang ada kenalan rapat yang bertugas di CEUPACS. Kalau dilihat dari amaun, ia merupakan Bantuan Kewangan Khas dan bukannya bonus setengah bulan gaji seperti yang dituntut oleh CEUPACS. Tarikh bayaran diramal pada 31 Julai 2013 (Rabu). Jika ini BENAR, maka saya boleh menarik nafas lega kerana amaun itu cukup untuk keperluan menjelang hari raya nanti. Tapi tak tahulah anda bagaimana pula, cukup atau tak?

Info di bawah ini pula saya dapat dari Berita Terkini.my;

Maklumat Terkini Bonus Kakitangan Awam : Bonus Raya 2013

Sekurang-kurangnya jumlah pembayaran bonus raya :

  • Kakitangan Awam : RM500
  • Pesara Kerajaan : RM250

Pengumuman Bonus Raya 2013 

  • Tarikh : 24 Julai @ 31 Julai 2013
  • Hari : Rabu
  • Diumumkan : Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)

Jadi, setakat ini belum ada lagi info yang solid & benar-benar tepat selagi media arus perdana belum umumkan. Sama -sama kita nantikan BERITA BAIK dari PM kesayangan kita bermula esok.

4,080 total views, no views today


Kisah anak guru lemas dalam kereta

anak guru lemas-sinar harian

Sumber : Sinar Harian

Saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan berkenaan kejadian yang menimpa rakan guru kita baru-baru ini. Pertama sekali saya melahirkan rasa sedih & simpati yang teramat sangat terhadap keluarga guru berkenaan. Ucapan takziah sajalah yang mampu diungkapkan  atas apa yang telah terjadi. Guru perempuan itu adalah saudara guru kita, rakan seperjuangan kita & sebidang dengan kita maka saya rasa kita PATUT memahami situasi sebenar yang beliau alami sekarang.

Sebagai seorang Muslim, kita wajib terima bahawa setiap ajal yang berlaku adalah telah ditentukan masa, sebab, tempat & keadaan oleh-Nya. Tidak terawal & tidak terlewat barang sesaat. Oleh itu saya menyeru agar dihentikan segala tuding-menuding jari untuk mencari siapa yang patut dipersalahkan. Jika saya melihat dari sudut guru itu, dia sudah tentu tidak mahu benda ini terjadi, SUDAH TENTU! Saya fikir kita semua setuju untuk ini. Jadi amat tidak adil sama sekali kita menyalahkan beliau 100% kerana mungkin dalam kekalutan untuk menghadiri mesyuarat, keterlupaan itu berlaku. Apa yang beliau tunjukkan dalam kejadian ini adalah KOMITMEN TINGGI terhadap profesion keguruan dengan kesungguhan menghadiri mesyuarat sehingga di antaranya berlaku kejadian menyayat hati. Ibu mana yang tidak sayangkan anak.

Jangan ambil ringan, belajar dengan perkara yang telah berlaku.” – Menteri Pembangunan Wanita

Di media sosial (facebook, twitter & blog), ramai yang telah memberi komen berbentuk positif & tidak kurang juga yang negatif walaupun di bulan mulia ini. Jagalah tutur kata anda kerana zaman maya yang serba serbi canggih dengan adanya internet ini, fitnah & tohmahan berlaku bukan lagi di mulut tapi di hujung jari kita. Sama-samalah kita hadiahkan Al-Fatihah untuk arwah anaknya.

4,691 total views, no views today


Kursus KSSR Tahun 4 2013 Ditangguh!

surat tangguh kssr

[Makluman]

Selamat berhujung minggu buat rakan-rakan guru semua. Apa yang anda sedang buat sekarang? Berehat? Berjalan sambil makan angin bersama keluarga? Shopping? Tanda buku latihan murid? Hurmm…kerja yang tak habis di sekolah, boleh bawa balik ke rumah ke? hehe..

Baiklah, di sini sedikit info untuk anda semua. Seperti yang tertera dalam surat di atas, kursus KSSR tahun 4 ditangguh buat sementara waktu. Saya sudah berkobar-kobar untuk mengetahui kandungan 2 subjek baru iaitu Sejarah & Teknologi Maklumat Komunikasi tetapi ditangguh pulak. Saya ingatkan sebab jerebu baru-baru ini tetapi tidak. Siapa yang tahu agaknya yer?

4,246 total views, 1 views today


Mahu jadi cikgu?Belum tentu…

Kementerian Pendidikan merancang untuk memansuhkan jaminan jawatan, yang selama ini diberi secara automatik kepada guru pelatih dari institut pendidikan guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata langkah itu yang mungkin dilaksana secara berperingkat, bertujuan memastikan hanya pelatih berkualiti ditawar jawatan sebagai guru di sekolah.
Idris Jusoh 2
“Amalan pada masa ini, guru pelatih IPG dan IPTA dijamin sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka tetapi kali ini kita nak guru jadi profesion yang mulia.
“Jadi kita perlu pilih yang terbaik, mempunyai keperibadian mulia, baru boleh melahirkan masyarakat hebat pada masa depan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran kali ketiga, di sini, Isnin.
Mengulas lanjut, Idris berkata langkah itu juga bagi memastikan hanya benar-benar berminat dengan kerjaya guru dilantik, bukan mereka yang berbuat demikian kerana tiada pilihan lain.
“Di Finland misalnya hanya calon terbaik sahaja akan dipilih menjadi guru kerana itu taraf pendidikan di negara itu tinggi,” katanya.
Bagaimanapun kata Idris, rancangan itu masih pada peringkat perbincangan dan memerlukan penelitian mendalam sebelum boleh dilaksana. 
Pada konvokesyen tiga hari bermula hari ini, sebanyak 3,988 graduan menerima ijazah masing-masing. – BERNAMA
*p/s – Inilah senario politik dalam kementerian kita, setiap kali bertukar menteri ada sahaja pembaharuan pelik-pelik yang nak dibuat. Contoh mudah bagi saya, jika pusat latihan seperti PULAPOL yang melahirkan ramai anggota polis yang cekap, tiada lagi jaminan pelatih yang keluar akan diserap sebagai polis, bagaimana yer? Maka begitulah juga IPG yang khususnya melatih para guru, tetapi tiada jaminan akan jadi guru. Pelik bukan? Mungkin mekanisma ini sesuai untuk dilaksana di IPTA tetapi bagi saya ia TIDAK SESUAI untuk dilaksanakan di IPG.

3,903 total views, no views today


Kelantan dahului cuti 5 Mei sempena PRU13

Salam 1 Malaysia buat semua pembaca & pengguna portal ini, apa khabar anda semua? Sudah bersedia dengan perancangan mengajar esok hari? Kebiasaannya saya hantar buku rekod mengajar pada hari Jumaat. So, bolehlah cuti dengan senang hati. Saya percaya banyak sekolah yang mengamalkan sistem mengumpulkan buku rekod guru pada hari Jumaat.

***************

Jika sebelum ini saya ada menulis artikel berkenaan cuti umum 5 & 6 Mei sempena PRU13, hari ini saya ingin mengulas sedikit berkenaan dengan langkah ke depan yang diambil oleh kerajaan sementara Kelantan dengan mengumumkan cuti umum pada 5 Mei 2013 nanti bagi memberi laluan kepada proses demokrasi pilihan raya ke-13. Kita maklum bahawa pada 5 Mei nanti, 3 negeri iaitu Kelantan, Terengganu & Kedah tidaklah cuti berbanding negeri-negeri lain. Saya memetik kenyataan dari Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau memaklumkan bahawa kakitangan awam, swasta serta rakyat umum tidak lagi perlu memohon cuti atau keluar sementara pada waktu bekerja untuk mengundi. Tindakan beliau ini bagi memberi keadilan kepada semua.

Saya fikir langkah ke depan ini patut dicontohi oleh 2 negeri lain (Terengganu & Kedah) dengan segera. Malah negeri-negeri lain juga boleh umumkan cuti pada 6 Mei nanti. Sebab apa? Ada rakan guru yang merungut kerana lokasi mengundi mereka jauh di negeri lain sedangkan mereka mengajar di negeri lain. Walaupun 5 Mei itu cuti tapi kekangan masa untuk drive pulang semula selepas mengundi pada hari yang sama tentu memenatkan. Ada juga rakan guru yang menjangkakan 5 Mei itu akan berlakunya kesesakan jalan raya ataupun lebuh raya. Kesian juga mereka…Mungkin di sini cuti rehat khas (CTR) wajar diambil mereka.

****************

Semalam (20 April 2013), telah berlangsungnya hari penamaan calon di seluruh negara. Tiada seorang calon pun yang diumumkan menang tanpa bertanding. Ramai penganalisis politik menjangkakan PRU kali ini sangat sengit & menarik untuk diikuti. Saya juga tak terlepas memantau perkembangan penamaan calon ini di facebook & blog. Yang menariknya, terdapat 3 orang artis buat pertama kalinya menyertai proses demokrasi ke-13 kali ini. Saya sempat juga snap di facebook gambar artis yang terkenal dengan lagu “Janji Manismu” ini. Beliau akan bertanding di parlimen Jempol, N9 yang juga dikatakan kawasan panas kerana menentang Veteran Umno, Tan Sri Isa Samad, bekas Menteri Besar & wakil parlimen Jempol, N9.

Wan Aisyah Wan Ariffin

Wan Aisyah Wan Ariffin

*p/s – Cikgu dah semak daftar pemilih di SPR? Klik sini.

3,469 total views, no views today