Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2015

New Year Wallpaper.

[ Terkini !!! ] – Soalan peperiksaan pertengahan tahun bagi subjek teras tahun 5 baru sahaja dimuat naik. Maaf kerana agak lama tidak mengemas kini portal ini. Saya agak sibuk kerana baru dikurniakan cahaya mata pertama Februari lepas.

Diharap agar anda di luar sana mendapat manfaat dari soalan-soalan ini.

>> klik sini untuk muat turun soalan <<

93,643 total views, no views today


Anda memiliki RPT KSSR terkini?Emelkan kepada kami!

gambar hiasan

Tiga (3) amalan yang akan di bawa ke akhirat di mana salah satunya adalah sedeqah jariah. Adakah anda ingin termasuk dalam golongan tersebut? Maka di sini saya buka seluas-luasnya portal ini untuk anda menyumbang segala RPT KSSR yang anda miliki & terkini untuk dikongsi bersama rakan-rakan lain di luar sana.

Cikgu, segala hasil kerja anda akan saya sertakan nama & sekolah anda sebagai kredit buat diri anda. Sila emelkan RPT anda!!! bagi mereka yang sudi menghidupkan untuk memberi di sini:

 

[email protected]

4,128 total views, no views today


KSSR Blackout !

bilik seminar bergelap

bilik seminar bergelap

BLACKOUT pulak…Aduh!

Ini hari penyudah bagi kursus KSSR TMK tapi blackout pulak tepat jam 9.00 pagi tadi, adui…Laptop terus terpadam sebab saya keluarkan bateri untuk guna elektrik dari bilik seminar. Antara petua nak jaga hayat bateri laptop supaya boleh pakai lama adalah dengan tidak menggunakannya ketika elektrik digunakan. Dalam bahasa mudah fahamnya, JANGAN GUNA sambil mengecas.

Biasanya hari terakhir berkursus, cikgu-cikgu akan mengisi borang tuntutan perjalanan. Perlu ke buat tuntutan ini?

SANGAT PERLU !!!

Sebabnya? Kerajaan telah menurunkan sejumlah peruntukan untuk cikgu claim perjalanan. Katakanlah untuk satu-satu daerah, jumlahnya adalah RM10 ribu bagi satu-satu kursus untuk tahun peruntukan 2013. Tapi cikgu yang buat claim apabila dijumlahkan kesemuanya hanyalah dalam RM5 ribu sahaja. Cikgu lain malas nak buat atas pelbagai alasan. Baki peruntukan itu akan dipulangkan semula kepada pihak kerajaan. Kesannya?

AMAUN PERUNTUKAN CLAIM AKAN DIKURANGKAN UNTUK TAHUN BERIKUTNYA

Anggapan mereka adalah jumlah peruntukan yang diturunkan sebelum ini agak tidak relevan dengan jumlah claim yang dibuat iaitu hanya 50% sahaja. Begitulah sedikit sebanyak analoginya untuk cikgu mudah faham.

 

*p/s – Buatlah claim selayaknya, kerana itu hak kita 🙂

* Bahan dari rakan kita Cikgu Suhazlin Bt. Suratman, SK Batu Berendam 2 – Pemetaan Analisa English Tahun 1 [here]

10,808 total views, 1 views today