[DSK] Dokumen Standard Kurikulum & Modul KSSR Tahun 4

gambar hiasan

gambar hiasan

Cuti persekolahan akhir tahun sudah pun bermula 16 November 2013 yang lepas. Sudah pasti yang paling gembira adalah murid-murid sekolah. Masa inilah mereka berpeluang bermain, menonton tv, ber-internet di rumah & kafe cyber dengan sepuas-puasnya. Ibu bapa yang tak prihatin, sudah tentu mereka tidak marah. Tapi bagi mereka yang prihatin, ada had masa bagi semua aktiviti di atas untuk anak mereka. Betul tak? Membaca buku tetap tak boleh dilupakan cuma mungkin boleh dikurangkan ketika cuti sekolah sebegini.

Kita sebagai guru? Erm..ada rehat jugak ke? Cuti-kah anda anda di luar sana? Dengan pelbagai macam E-ini & E-itu yang perlu diisi (17 E kesemuanya jika tak silap), saya fikir cuti pun ibarat macam tak cuti. So, apa nak buat? Ada juga cikgu yang sampai kata begini,

” kita buat E-bodoh jer… “

Yelah, dah macam-macam aplikasi online yang perlu isi sekarang, dah tentu ia memeningkan kepala bukan? Pengetahuan ICT yang semakin mendesak sekarang ini sangat-sangat perlu anda kuasai. Jika tidak, anda pasti ketinggalan di belakang.

*****************

BAHAN BERIKUT TELAH DI-UPLOAD untuk kegunaan KSSR Tahun 4 2014 nanti;

  1. Modul PdP Pend. Islam tahun 4
  2. Modul Pembelajaran Sains tahun 4
  3. Modul PdP Sains tahun 4
  4. DSK Pend. Islam tahun 4
  5. DSK Bahasa Arab tahun 4
  6. DSK Sains tahun 4
  7. DSK TMK tahun 4
  8. DSK Sejarah tahun 4
  9. DSK Reka Bentuk Teknologi tahun 4

 

* dapatkannya di sini —> KLIK SINI

11,711 total views, 16 views today


Modul TMK Tahun 4

modul p&p

 

Empat hari berkampung di PKG memerah minda memahami subjek baru KSSR TMK Tahun 4 minggu lepas memang agak penat juga. Banyak ilmu yang diberi tapi saya kurang pasti sejauh mana pemahaman di peringkat awal ini bagi rakan yang lain. Yang pasti istilah “band” tidak akan digunakan lagi. Ia diganti dengan istilah yang lain, lebih mesra sebutannya.

Tempoh pelaksanaan subjek ini bukanlah sepanjang tahun 2014 nanti tapi 1 semester sahaja (6 bulan), manakala semester seterusnya (6 bulan berikut) akan disambung dengan subjek Reka Bentuk Teknologi (RBT). Pengurusan jadual kelas bagaimana? Ya, perlu ubah jadual. Di sini, GPK1 perlu pandai susun jadual ini untuk guru ini, dan itu untuk guru itu. Untuk pengetahuan cikgu, RBT hanya boleh diajar oleh guru Kemahiran Hidup (KH) sahaja! Kalau guru TMK & RBT adalah orang yang sama, maka problem solved. Tak perlu tukar jadual. Kalau seorang TMK seorang lagi RBT, jadual perlu ubah lepas 6 bulan. Faham? hehe..

[Breaking News] – Harga minyak petrol Ron95 & diesel dinaikkan 20 sen mulai tengah malam ini. Orang ramai dah mula berkampung di stesen minyak sejak berita rasmi harga naik diwar-warkan tadi. Gaji naik, minyak pun naik? Hurmm.. :)

>> Diesel & RON95 naik 20 sen <<

***************

Bahan berikut telah diupload;

  1. Modul 1 Dunia Komputer BM – TMK
  2. Modul 2 Dunia Komputer BM – TMK
  3. Modul 3 Dunia Komputer BM – TMK
  4. Modul 4 Dunia Komputer BM – TMK
  5. Modul 5 Dunia Komputer BM – TMK    [here]

12,776 total views, 16 views today


Panduan Pengajaran DSV Tahun 2

top_bg2

Selamat petang buat semua. Di waktu begini, bagi guru-guru muslim sudah pasti sedang menunggu saat untuk berbuka puasa. Ya, itu adalah salah satu kegembiraan bagi orang yang berpuasa. Hari ini genap 6 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. Bagaimana prestasi rakan-rakan guru di luar sana mendidik murid bulan ini? Meningkatkah? Maintainkah? Atau menurun? Kalau ditanya saya, boleh dikatakan stabil seperti bulan-bulan sebelumnya. Tahun ini puasa saya tidaklah terlalu haus, tidaklah terlalu lapar. Sedang-sedang saja… :)

Di sini sempat saya uploadkan beberapa kiriman fail dari rakan-rakan guru kita. Terima kasih diucapkan kerana sudi berkongsi ilmu dengan yang lain. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini, kita digalakkkan memberi. Cuma ada beberapa guru yang masih tidak kena caranya ketika nak upload bahan. Saya dapati mereka tidak attach(kepilkan) bahan, yang ada cuma nama & sekolah saja. Harap lepas ini dapat upload bahan cikgu itu dengan betul yer ;)

Baiklah, ini bahan berikut:

  1. Fail showcase tahun 3 (Shukri Yusof, SK Kutan) [here]
  2. Panduan pengajaran DSV tahun 2 (Noriza Amat, SK Tanjong Karang) [here]

4,061 total views, 6 views today


Modul Panduan KSSR Tahun 3

modul p&p

 

:: Update :: ——> Berikut adalah senarai modul & panduan pengajaran yang telah dimuat naik.

  1. Modul P&P Statistik dan Kebarangkalian Tahun 3 SK
  2. Modul P&P Nombor dan Operasi Tahun 3 SK
  3. Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 3 SK
  4. Panduan Pengajaran Dunia Muzik Tahun 3
  5. Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 3

Untuk pautan pantas, klik SINI !

7,548 total views, 6 views today


Modul Panduan Pengajaran KSSR

gambar contoh

gambar contoh

 

:: Update :: —–> Modul & Panduan P&P mata pelajaran (tahun 3) berikut telah di muat naik;

  1. Modul Pembelajaran TMK Tahun 3 SK
  2. Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 3
  3. Panduan Pengajaran Pendidikan Kesihatan Tahun 3

klik ———> sini  untuk pautan pantas ke halaman modul.

7,443 total views, 8 views today


Evidens PJ T3 & Modul Abakus

gambar contoh

gambar contoh

 

Seronok!! Ya, mungkin murid² & cikgu² tak sabar nak mula bercuti sempena Tahun Baru Cina esok. Ada sekolah yang ambil cuti seminggu walaupun 0% murid & guru berbangsa Cina. Tapi tak ada masalah selagi ianya ikut prosedur & pekeliling.

Kena merancang perjalanan, sebabnya jalanraya & lebuh raya sudah pasti akan sesak mulai esok. Ramai juga yang pilih nak memandu waktu malam demi nak elak tersepit dalam sesak. Tapi faktor keselamatan kena fikir juga. Zaman sekarang macam² jenayah boleh berlaku. Walaupun cuti, kerja cikgu ni tak pernah berhenti. KSSR tetap kena buat juga; SPPBS kena isi, evidens kena rekod & failkan. Ada orang cakap, senang kerja cikgu tapi ” berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul “.

:: Update ::

  1. Modul Abakus dan Aritmetik Mental Edisi Ketiga (klik sini)
  2. Evidens PJ Tahun 3 (band 1 & 2) – (klik sini)

763 total views, 1 views today


Modul KSSR Tahun 3

gambar contoh

    gambar contoh

 

 

:: Selamat malam buat semua pengunjung Portal KSSR Online ::

Update —-> Berikut adalah senarai dokumen yang baru sahaja dimuat naik.

  1. Modul Kemahiran Proses Sains Tahun 3
  2. Modul Panduan Guru BM SK Tahun 3
  3. Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Tahun 3
  4. Borang EVIDENCE english year 1
  5. Carta Gantt Evidens Bahasa Inggeris Tahun 3

Untuk modul, sila ke menu > Modul

Item no.4 & 5 > BorangPentaksiran

7,353 total views, 9 views today