RPT KSSR Tahun 3 & 4 (PJ,MT,etc…)

depositphotos_2452120-Blue-Upload

 

Ucapan terima kasih buat para guru yang sudi menyumbang bahan-bahan mereka untuk dipaparkan dalam portal ini seterusnya boleh di-download oleh rakan guru yang lain. Ilmu yang bermanfaat merupakan sedekah yang berkekalan walaupun selepas meninggal dunia selagi mana ianya diamalkan :) .

Namun begitu, masih ada juga guru yang tidak tahu cara tepat untuk BERJAYA MENG-UPLOAD. Harap anda dapat merujuk di sini untuk tutorial upload yang betul.

Bahan berikut telah di-upload;

  1. RPT KSSR PJ SK Tahun 4 - shamsul kamal sk binjai jaya [click me]
  2. RPT KSSR Matematik Tahun 4 -2014 (DSKP)- Cikgu Sherliza sk pusat dungun [click me]
  3. RPT KSSR Matematik Tahun 3 SJKC-yee yit ling sjkc beratok [click me]
  4. BM BAHAGIAN C- 16 MODUL (Pn Arasi SJKT Changkat) [click me]
  5. BORANG TRANSIT BI (INDIVIDU T1-T3)-roshidah mohd ghauth sk tmn selasih [click me]

15,484 total views, 9 views today


RPT KSSR Tahun 4 (RBT,TMK,Sejarah,etc…)

books

Salam buat semua.

Ada perkara yang saya nak ceritakan kepada anda semua. Beberapa hari lepas saya ada berjumpa dengan seorang guru SMK Teknik yang kini sudah dinaik taraf kepada Kolej Vokasional bermula 2014. Ceritanya bukan berkenaan sekolah beliau tapi tentang dirinya, seorang guru muda dalam lingkungan 30-an. Ceritanya berkenaan kenaikan pangkat secara time-based yang menjadi idaman semua guru termasuk saya.

Lama juga kami berborak panjang mengenai pengalaman beliau memohon untuk naik pangkat. Rupanya ia tidak semudah yang disangka ramai. Sebelum ini jika seorang guru itu genap 8 tahun berkhidmat (rekod baik, markah prestasi baik), Insyaallah kenaikan pangkatnya mudah tanpa sebarang masalah.

Tapi kini syarat baru telah mula bertapak. Seseorang guru itu PERLU MENYEDIAKAN EVIDEN SELAMA 3 TAHUN PERKHIDMATAN jika mahu naik pangkat!  Wah, syarat apakah ini? Mereka perlu tampilkan bukti (sijil akademik, sijil ko-ku, surat panggilan mesyuarat, kursus, menghantar murid ke peringkat daerah, negeri, kebangsaan, antarabangsa) untuk dinilai. Jika cukup point-nya, barulah ianya menjadi. Mengapa ini semua perlu? Adakah kerana kekangan wang untuk membayar gaji? Atau sebagai langkah penjimatan terbaru? Atau ingin menaikkan kualiti guru itu sendiri? Yang pasti, rezeki itu di tangan Ilahi.

****************

Bahan berikut telah saya upload-kan. Semoga membantu anda-anda di luar sana.

  1. RPT KSSR RBT SK Tahun 4
  2. RPT KSSR TMK SK Tahun 4 
  3. RPT KSSR Sejarah SK Tahun 4
  4. RPT KSSR Pend. Moral SK Tahun 4 
  5. RPT KSSR B. Inggeris SK Tahun 4

 

CLICK HERE !

14,664 total views, 14 views today


RPT KSSR Tahun 4 (kiriman daripada guru)

gambar hiasan

gambar hiasan

Salam buat semua.

Saya ada menerima beberapa kiriman fail daripada rakan guru kita melalui ruangan “Upload Bahan”. Terima kasih diucapkan. Bahan yang anda usahakan akan menjadi panduan buat semua guru yang berkongsinya di seluruh Malaysia. Setiap bahan yang dikirimkan akan disisipkan bersama nama pengirim & sekolah sebagai kredit & penghargaan.

Berikut adalah bahannya:

  1. RPT KSSR Sains SK Tahun 4 [Saniah Khalid,SK Kandis] 
  2. Jadual Paparan Matematik KSSR Tahun 4 [Hamba Allah,SK Paloh Rawa]

Dapatkannya di —-> SINI

11,702 total views, 2 views today


RPT KSSR Tahun 4 2014 [tambahan]

gambar hiasan

gambar hiasan

Semalam agak hangat juga berita penjawat awam yang memiliki ijazah sarjana (Master) & PhD akan dinaikkan gaji sikit masa lagi selepas semakan bakal dilakukan. Heboh guru-guru menyelitkan berita itu di wall facebook KGM (Kami Guru Malaysia). Cuma apa yang saya hairan, tidak disebut pun Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Semak kenyataan di bawah;

“33 skim perkhidmatan gaji tersebut termasuk pensyarah universiti,

pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan,

pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik.”

Namun, mungkin juga ia termasuk dalam 33 skim itu, siapa tahu? Ia tak disebut bukan? Semak berita itu di sini.

***************

RPT tambahan telah saya uploadkan. Semak di bawah;

  1. RPT KSSR TMK SJKC Tahun 4
  2. RPT KSSR Sejarah SJKT Tahun 4
  3. RPT KSSR Sejarah SJKC Tahun 4
  4. RPT KSSR Sains SJKC Tahun 4
  5. RPT KSSR PK SJKC Tahun 4
  6. RPT KSSR Matematik SK Tahun 4
  7. RPT KSSR Dunia Seni SJKC Tahun 4

—> di SINI.

11,275 total views, 6 views today


RPT KSSR Tahun 4 2014 (dikemaskini)

RPH

 

Salam buat semua.

Banjir telah melanda negeri Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor. Terukkah kali ini? Iya…memang teruk sekali terutamanya di bandar Kuantan. LUMPUH satu bandar dek penangan bah besar. Di media sosial seperti facebook, viral sekali isu berkenaan penempatan mangsa banjir Malaysia yang bertebaran dalam pusat-pusat pemindahan banjir. Mereka merungut kerana keadaan penempatan yang sesak, kekurangan makanan, sukar menukar pakaian, malah ada yang tidak dapat buang air sehingga seminggu. Wah! agak dahsyat juga ya.

Lebih viral & teruk lagi apabila gambar-gambar penempatan mangsa banjir negara lain seperti Jepun & Thailand dikongsikan bersama. Apa yang menyebabkan Malaysia nampak kekurangannya apabila di 2 buah negara itu, pengurusan penempatan banjir mereka tersangatlah baik & sistematik. Ada ruangan kubikal & khemah disediakan dalam dewan. Mudahlah para mangsa untuk mendapat ruang peribadi mereka sendiri. Tidaklah malu untuk menukar pakaian. Saya rasa ini wajar pihak Majlis Keselamatan Negara contohi pada masa-masa akan datang. Ke arah pengurusan yang lebih baik, apa salahnya bukan?

*****************

Banyak permintaan daripada kalangan rakan guru supaya dikemaskini RPT tahun 4 untuk sesi 2014. Maka, fail berikut telah saya upload-kan.

  1. RPT KSSR Sains Tahun 4 
  2. RPT KSSR Pend. Moral Tahun 4 
  3. RPT KSSR Matematik SJKC Tahun 4 
  4. RPT KSSR B. Inggeris Tahun 4 
  5. RPT KSSR B. Inggeris SJK Tahun 4 
  6. RPT KSSR B. Melayu SJK Tahun 4 
  7. RPT KSSR B. Cina Tahun 4 

** dapatkannya di —> SINI

14,427 total views, 3 views today


Borang Pentaksiran KSSR Tahun 4 2014

2014

Selamat malam buat semua pengunjung portal. Saya telah menerima beberapa bahan yang dikirim oleh rakan-rakan guru yang lain yang telah meng”upload” bahan mereka di SINI. Ucapan terima kasih buat mereka & nama mereka akan dipaparkan bersama bahan untuk tujuan kredit/penghargaan. Saya amat menggalakkan sesi perkongsian bahan seperti ini. Jika ada guru yang ingin berkongsi bahan mereka, klik di SINI atau anda boleh ke ruangan Upload Bahan di sebelah kanan (bawah) portal.

[update]:

  1. Borang Transit Kelas MT Tahun 4 2014 [Sherliza Ismail SK Pusat Dungun]
  2. Borang Transit Individu MT Tahun 4 2014 [Sherliza Ismail SK Pusat Dungun] [ Here ]
  3. RPT KSSR Muzik Tahun 1 [Rosidah Darus SK Bdr Sg Buaya] [ Here ]
  4. RPT KSSR Matematik Tahun 4 [Sherliza Ismail SK Pusat Dungun]  [ Here ]

4,738 total views, 11 views today