JANGAN BACA TENTANG SIMKAD PREPAID JIMAT ONEXOX !!!

=================================================
JANGAN BACA TENTANG SIMKAD PREPAID JIMAT ONEXOX !!!
=================================================
1) Tempoh sah kredit sangat lama = 2 tahun 4 bulan (tak topup 2 tahun pun masih boleh call & sms selagi ada kredit)
2) Call murah serendah 5 sen (menyamai rate postpaid)
3) Internet laju/tiada sekatan kelajuan/tidak sedut kredit
4) Pelan Internet Seasons Pass = RM13.75 (1GB data)
5) Percuma 1800 sms (150 sms/sebulan)
6) Boleh set 10 nombor friend & family ke semua rangkaian = 12 sen/minit & sms 2 sen
7) Telco pertama Malaysia menerima status patuh syariah
8) Tiada caj tersembunyi
9) Tiada sms premium 5 angka yang curi kredit
10) Insentif UGU (User Get User) sebanyak 6% jika perkenalkan rakan anda ke ONEXOX
11) Loyalty points = topup RM10 (10 points)
12) Coverage Celcom
13) Boleh kekalkan nombor sama @ pilih nombor baru
14) Harga simkad = RM10 sahaja
15) Cara penghantaran = Pos Laju / Express
=====================================
PM/WhatsApp laju-laju – 010.336.2355 (Cikgu Wan)
PM/WhatsApp laju-laju – 010.336.2355 (Cikgu Wan)
PM/WhatsApp laju-laju – 010.336.2355 (Cikgu Wan)
=====================================
ONEXOX Authorised Dealer 🙂 🙂

1,874 total views, 1 views today


USD/RM Mencecah Paras 3.80, Baik Atau Buruk Untuk Poket Tuan ?

Pada awal 2015, RM pada paras 3.50 berbanding USD.

Sekarang, Jun 2015 sudah mencencah 3.80.

Susut ~8%.

Maksudnya, RM semakin lemah. Persoalannya,  adakah kejatuhan RM berbanding USD itu baik atau buruk ?

Bergantung.

Untuk poket tuan, mungkin baik, dan mungkin buruk.

1. Orang Malaysia yang nak bercuti luar negara

Buruk.

Sebab jika pada awal Januari 2015, kadar tukaran adalah RM 3.517.

Semalam 6 Julai 2015, dah jadi RM 3.807

Duit yang keluar dari poket tuan bertambah.

2. Orang Malaysia yang bekerja luar negara dan, atau mendapat gaji USD

Baik.

Jika awal Januari setiap gaji USD 1,000 yang diperoleh bersamaan RM 3,504.

Semalam, 6 Jun 2015, dah dapat RM 3,802.

Duit yang masuk dalam poket tuan bertambah.

 

Kredit : http://www.pakdi.net/usdrm-mencecah-paras-3-80-baik-atau-buruk-untuk-poket-tuan/

1,378 total views, no views today


Takwim Sekolah 2015 – Portal KSSR Online

Salam buat semua.

Imej di atas merupakan takwim persekolahan bagi sesi 2015. SELAMAT BERCUTI buat semua guru & murid.

4,840 total views, 1 views today


Bandwidth portal akan capai penggunaan maksimum bulan Mei

bandwidth

 

Salam buat semua.

Ingin saya maklumkan bahawa penggunaan bandwidth (kuota data) untuk portal ini sudah mencapai 97% (kuota diberi adalah 100%) sehingga ke tarikh ini, 18 Mei 2014. Bilangan pengunjung pada bulan ini memang terlalu ramai sehingga mencecah hampir 4 000 orang pada setiap hari.

Jadi pada bila-bila masa sahaja dari sekarang, anda tidak akan dapat membuka portal ini & mesej “bandwidth limit exceeded” akan terpapar. Jika ini berlaku, ia akan berterusan sehingga 31 Mei 2014.

Kuota data baru akan bermula pada 1 Jun 2014 dan pada ketika itu anda akan dapat log-in semula ke portal ini. Harap maklum.

2,305 total views, no views today


Selamat Hari Guru 2014 dari Portal KSSR

IMG-20140515-WA0014

Selamat hari guru diucapkan kepada semua pengunjung setia portal ini. Saya sayang kerjaya guru 🙂 Anda pula bagaimana? Ternanti-nanti apakah hadiah yang bakal diterima esok. Yang pasti,kita semua bakal seronok dengan acara sukaneka.Pastinya pelbagai ragam guru yang manis untuk dikenang nanti 🙂

4,452 total views, 3 views today


(4 Gambar) CCTV di sekolah

 

Gambar lokasi CCTV yang di pasang di sekolah. Apa pendapat anda?

2,094 total views, no views today


Soalan Ujian Bulanan September 2013 + Google Chrome Book

crhome_book

Staf YTL memasang Chrome Book di makmal komputer

Adakah anda mengetahui tentang syarikat YTL? Pernahkah mendengar namanya? Sebenarnya ia adalah sebuah syarikat yang bertanggungjawab menguruskan kelengkapan ICT di sekolah-sekolah di Malaysia mutakhir ini. Syarikat ini banyak menguruskan tender berkaitan ICT di bawah KPM. Jika dahulu, talian internet di sekolah-sekolah diletakkan di bawah projek School Net dan diikuti dengan TMNet tapi sekarang banyak sekolah sudah menerima talian internet di bawah projek 1BestariNet termasuklah sekolah saya.

Modem WiFi yang digunakan untuk menarik signal internet adalah Yes4G & sebanyak 4 unit dibekalkan ke sekolah saya. Tapi ini bukan cerita yang terbaru. Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah tentang projek Google Chrome Book (Netbook) yang sekolah saya terima pada 5 Sept 2013 lepas. Kalau cikgu agak kurang faham, ia sebenarnya adalah laptop & jumlah yang diterima agak banyak juga, 41 unit. Bukan itu sahaja, ada lagi barangan lain seperti printer laser jet, sebuah troli yang boleh memuatkan 41 unit chrome book, 41 unit head fon & sebuah modem Yes 4G berwarna putih khas untuk kegunaan chrome book ini sahaja.

Chrome book ini tidak menggunakan sistem operasi Windows. Ia hanya berfungsi jika ada talian WiFi internet & akaun VLE, sistem Cloud lebih tepat istilahnya. Setiap guru & murid sudah dibekalkan dengan akaun VLE masing-masing. Jika berpindah tahun ini, sila bertanya guru ICT sekolah lama cikgu. Setakat ini, saya belum lagi gunakannya bersama murid. Mungkin selepas UPSR nanti.

**************

UPSR akan bermula Selasa ini, harapannya agar murid kita sudah bersedia. Cikgu-cikgu dah penat berhempas-pulas untuk menyediakan murid-murid sepanjang tahun ini. Semoga apa yang didoakan menjadi makbul hendaknya. Jika ada antara sekolah cikgu yang mengadakan ujian bulanan September, bahan berikut telah saya uploadkan.

  1. Soalan ujian Matematik KSSR T3
  2. Soalan ujian Moral KSSR T3           [here]

44,293 total views, 9 views today


Selamat Menyambut 31 Ogos 2013 !

Logo Merdeka 2013

Logo Merdeka 2013

“Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku”

Bersempena dengan ulang tahun kemerdekaan negara Malaysia tercinta pada hari ini, muncul pertanyaan di minda saya. Sejauh manakah kita benar-benar merdeka dalam perspektif hidup kita sekarang sebagai seorang pendidik?

Saya lontarkan tiga persoalan berikut kepada anda semua;

  • Sudahkah kita & murid – murid benar-benar merdeka daripada sistem pendidikan yang selalu berubah-ubah?
  • Adakah sudah tiba masanya sistem pendidikan negara ini berhenti daripada dipolitikkan?
  • Apakah anda sudah “burn-out” menjadi cikgu?

Saya fikir tentu pelbagai jawapan boleh muncul dalam benak fikiran masing-masing. Cuma di sini saya ingin mengutarakan pandangan peribadi berkenaan dengan tema Hari Kebangsaan pada kali ini.

Apakah maksud berdaulat di sini? Ianya membawa erti berkuasa, berhak sepenuhnya dan berwibawa. Berdaulatkah sistem pendidikan kita pada masa kini? Pandangan saya, belum sepenuhnya lagi. Sebab? Ia seringkali berubah dalam tempoh 5 tahun sekali & berkait rapat dengan pilihanraya. Ada juga yang berpandangan Malaysia sebuah negara membangun & kerana itu sistem pendidikan seringkali berubah mengikut kesesuaian. Ada benarnya di situ. Kita boleh memberi pelbagai pendapat tetapi pada akhirnya, sebagai pelaksana dasar kita perlu melaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

1,131 total views, no views today


KSSR Blackout !

bilik seminar bergelap

bilik seminar bergelap

BLACKOUT pulak…Aduh!

Ini hari penyudah bagi kursus KSSR TMK tapi blackout pulak tepat jam 9.00 pagi tadi, adui…Laptop terus terpadam sebab saya keluarkan bateri untuk guna elektrik dari bilik seminar. Antara petua nak jaga hayat bateri laptop supaya boleh pakai lama adalah dengan tidak menggunakannya ketika elektrik digunakan. Dalam bahasa mudah fahamnya, JANGAN GUNA sambil mengecas.

Biasanya hari terakhir berkursus, cikgu-cikgu akan mengisi borang tuntutan perjalanan. Perlu ke buat tuntutan ini?

SANGAT PERLU !!!

Sebabnya? Kerajaan telah menurunkan sejumlah peruntukan untuk cikgu claim perjalanan. Katakanlah untuk satu-satu daerah, jumlahnya adalah RM10 ribu bagi satu-satu kursus untuk tahun peruntukan 2013. Tapi cikgu yang buat claim apabila dijumlahkan kesemuanya hanyalah dalam RM5 ribu sahaja. Cikgu lain malas nak buat atas pelbagai alasan. Baki peruntukan itu akan dipulangkan semula kepada pihak kerajaan. Kesannya?

AMAUN PERUNTUKAN CLAIM AKAN DIKURANGKAN UNTUK TAHUN BERIKUTNYA

Anggapan mereka adalah jumlah peruntukan yang diturunkan sebelum ini agak tidak relevan dengan jumlah claim yang dibuat iaitu hanya 50% sahaja. Begitulah sedikit sebanyak analoginya untuk cikgu mudah faham.

 

*p/s – Buatlah claim selayaknya, kerana itu hak kita 🙂

* Bahan dari rakan kita Cikgu Suhazlin Bt. Suratman, SK Batu Berendam 2 – Pemetaan Analisa English Tahun 1 [here]

7,530 total views, no views today