Cuti umum 5 & 6 Mei 2013 ?


Hurmm…Jika melihat kepada tajuk artikel ni, memang seronok sebab ada perkataan cuti. Siapa yang tak suka cuti? Dari murid, cikgu, guru besar hinggalah pekerja sekolah baik yang tetap mahupun swasta, semua suka cuti. Boleh berehat di rumah macam hari ni. Betul tak?

Berita hari ni keluar di Sinar Harian Online yang mengulas kenyataan presiden kita (Ceupacs), Datuk Omar Osman (gambar) memohon kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya menimbang memberi cuti tanpa rekod pada 5 dan 6 Mei ini kepada penjawat awam yang ingin balik ke kampung untuk mengundi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Cuti ini bukan apa, ingin menggalakkan lebih ramai penjawat awam  terutama yang bekerja di bandar, pulang ke kampung atau kawasan mengundi bagi menunaikan tanggungjawab di hari mengundi (5 Mei 2013, Ahad) nanti.

Tapi cikgu-cikgu di luar sana perlu maklum walaupun 5 Mei tu hari Ahad, 3 negeri (Kedah, Terengganu, Kelantan) beroperasi sekolah mereka macam biasa. Macam mana yer nak pergi mengundi pada hari bekerja? Agak sukar walaupun bukan mustahil. Jadi syor saya agar permintaan Ceupacs ni diluluskanlah tanpa banyak sangat kerenah birokrasi. Perkara ni adalah positif & baik untuk semua PA di Malaysia. Lagipun, bukanlah setiap tahun tapi 5 tahun sekali. Saya masih ingat lagi PRU12 lepas diadakan pada 8 Mac 2008 (Sabtu). Pada ketika itu, masalah ni tak muncul pun.

**************

Untuk pengetahuan anda semua, sambutan Hari Pekerja (1 Mei) nanti akan diadakan di Negeri Sembilan. Temanya kalau nak tahu…..

“Cuepacs Pejuang Kebajikan Pekerja”

4,312 total views, 1 views today