EMK
Elemen Merentas Kurikulum
Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.
Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.
Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.
42,478 total views, 6 views today
terima kasih atas pekongsian idea untuk memantapkan proses pdp dlm kela.
terimakasih kerna dpt berkongsi bhn mengajar
Terimakasih untuk semua bahan. Harap semua kawan-kawan dapat berkongsi bersama
Assalamu'alaikum wbt…syukran kpd admin yg sudi berkongsi bahan di ruangan ini. Semoga usaha ini diberkati dan dirahmati olehNYA. amin.
salammualaik…terima kasih atas segalanya..saya mahu tanya tentang borang kelompok dan eviden untuk pendidikan agama islam taun 2 ade tak..terima kasih..
Terima kasih kerana banyak membantu. Harap bahan lebih banyak dimuatkan untuk panduan dan rujukan guru-guru yang memerlukan.
sama2..bahan akan sentiasa dimuat naik untuk dikongsi bersama.