Kursus KSSR TMK Tahun 4 2013


dalam bilik seminar PKG

dalam bilik seminar PKG

Ini hari ke-3 berkursus, bilik seminar agak padat dengan cikgu-cikgu dari pelbagai sekolah. Lokasi kursus? Diadakan di Pusat Kegiatan Guru (PKG). Cikgu lelaki duduk di sebelah kiri bilik & cikgu perempuan duduk di sebelah kanan. Budaya mengasingkan jantina ni memang sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia ni terutama kaum Melayu. Sebenarnya agak semulajadi terjadi, JU tak merancang kedudukan sebegini.

Pengisian kursus? Kami didedahkan oleh Jurulatih Utama (JU) dengan kemahiran berikut:

  • Edit imej & gambar mengggunakan software GIMP ver 2
  • Edit bunyi menggunakan software Audacity
  • Edit video menggunakan software Windows Movie Maker

Sedikit pesanan daripada JU untuk cikgu-cikgu yang sedang sambung belajar. Pasti ada tesis @ kajian yang perlu dibuat & sedang dibuat dan juga sudah siap pun. Sudah tentu cikgu simpan fail itu dalam PC, laptop atau storan luar (external hard disk) bukan? Untuk tambah lagi keselamatan fail yang disimpan itu supaya tidak hilang (PC, laptop, hard disk rosak tiba-tiba!), adalah lebih baik ianya disimpan di storan terkini yang semakin popular iaitu Cloud (awan). Yang paling popular sekarang seperti SkyDrive & Google Drive. Cikgu boleh cari maklumat ini di Google. Perkhidmatan storan ini PERCUMA untuk saiz storan yang tertentu. Jika mahu saiz lebih besar, kenalah keluar duitBagaimana portal ini mendapat sumber kewangan?. Baca lagi artikel ini ... » sikit :)

Google Drive —> Klik di sini

SkyDrive —> Klik di sini

1,952 total views, 1 views today