Mahu jadi cikgu?Belum tentu…
Kementerian Pendidikan merancang untuk memansuhkan jaminan jawatan, yang selama ini diberi secara automatik kepada guru pelatih dari institut pendidikan guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata langkah itu yang mungkin dilaksana secara berperingkat, bertujuan memastikan hanya pelatih berkualiti ditawar jawatan sebagai guru di sekolah.
“Amalan pada masa ini, guru pelatih IPG dan IPTA dijamin sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka tetapi kali ini kita nak guru jadi profesion yang mulia.
“Jadi kita perlu pilih yang terbaik, mempunyai keperibadian mulia, baru boleh melahirkan masyarakat hebat pada masa depan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran kali ketiga, di sini, Isnin.
Mengulas lanjut, Idris berkata langkah itu juga bagi memastikan hanya benar-benar berminat dengan kerjaya guru dilantik, bukan mereka yang berbuat demikian kerana tiada pilihan lain.
“Di Finland misalnya hanya calon terbaik sahaja akan dipilih menjadi guru kerana itu taraf pendidikan di negara itu tinggi,” katanya.
Bagaimanapun kata Idris, rancangan itu masih pada peringkat perbincangan dan memerlukan penelitian mendalam sebelum boleh dilaksana.
Pada konvokesyen tiga hari bermula hari ini, sebanyak 3,988 graduan menerima ijazah masing-masing. – BERNAMA
*p/s – Inilah senario politik dalam kementerian kita, setiap kali bertukar menteri ada sahaja pembaharuan pelik-pelik yang nak dibuat. Contoh mudah bagi saya, jika pusat latihan seperti PULAPOL yang melahirkan ramai anggota polis yang cekap, tiada lagi jaminan pelatih yang keluar akan diserap sebagai polis, bagaimana yer? Maka begitulah juga IPG yang khususnya melatih para guru, tetapi tiada jaminan akan jadi guru. Pelik bukan? Mungkin mekanisma ini sesuai untuk dilaksana di IPTA tetapi bagi saya ia TIDAK SESUAI untuk dilaksanakan di IPG.
4,019 total views, 2 views today
kalau macam tu tak semesti mengambil pelatih yang terdiri dari 7A ke atas sahaja…perlu juga diberi peluang bagi pelatih yagn mendapat 3A ke atas..sebabnya mereka akan dipilih berdasarkan tahap kualiti selepas berkursus d IPG…dan pemilihan mestilah tulus..bukan..sebab politik…dan l, ain-lain…
Apa-apapun lepas nie kita akan dapat orang yang betul-betul nak jadi cikgu… Bukan jadi cikgu sebab jaminan kerja…
Kita boleh jangka reaksi pemohon IPT dan IPG: mereka tidak akan memohon bidang perguruan dan menjadi guru. Kalau tidak ada jaminan menjadi guru di sekolah kerajaan di mana lagi mereka mahu bekerja? Adakah sekolah swasta di Malaysia? Kenapa tidak ada yg "cerdik" di kementerian untuk menjalankan kajian keperluan sebelum menyediakan tempat dan mengambil pelajar ke IPG?
KPM.. Dulu-dulu bekerja ikhlas..sekarang bekerja utk gaji..lain-lain tak pedulilah..
Masuk IPG mesti nak jadi cikgu…apsal pulak keluar statement camgitu…..kena buat postmortem!!!