Manifesto BN vs PR – Apa murid dapat?


Semalam telah tersiarnya siaran langsung bagi pelancaran manifesto Barisan Nasional (BN) di saluran tv seperti TV3, Astro Awani & beberapa saluran yang lain. Saya sempat menyaksikan siaran langsung itu dari awal hingga akhir selama hampir 60 minit ianya dibentangkan oleh Perdana Menteri kita. Tapi sebelum itu, pihak Pakatan Rakyat (PR) juga telah melancarkan manifestonya beberapa minggu lepas. Persoalannya di sini?

Apa yang akan sampai kepada murid sekolah nanti selepas PRU13?

……………….

Di sini saya akan senaraikan intipati manifesto kedua-dua pihak baik BN mahupun PR supaya kita dapat buat perbandingan.

  • Barisan Nasional :
  1. Sistem persekolahan diubah kepada 1 sesi.
  2. Transformasi sekolah vokasional.
  3. Bantuan awal persekolahan dinaikkan kepada RM150 daripada Rm100 sebelum ini.

 

  • Pakatan Rakyat :
  1. Bahasa Kebangsaan dimartabatkan, hak bahasa ibunda dijamin, Bahasa Inggeris dipertingkatkan.
  2. Mengiktiraf Sekolah Janaan Rakyat (Sekolah Agama Rakyat, SJKC/T, sekolah persendirian Cina, Tamil, Iban, Kadazan, Mubaligh) dengan bantuan tambahan RM300/murid.
  3. Mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (Gabungan Sekolah Menengah Cina), UEC bagi tujuan kemasukan ke IPT.

* p/s – Terserah kepada anda di luar sana untuk membuat pertimbangan, manifesto manakah yang sampai kepada murid anda.

******************

>> Update <<

  1. Borang kelompok pentaksiran Pend. Islam tahun 1
  2. Borang Kelompok Tahun 1 AL QURAN
  3. Borang kelompok Tahun 2 Al Quran   [ Here ]

3,910 total views, 3 views today