Panas! Objek apa ini?


stereogram

Dulu semasa saya berada di tingkatan 4 sekitar tahun 1999, ada sebuah majalah pelajar yang dijual di sekolah. Isi dalamnya macam biasa lah, berkisar tentang pelajaran. Tapi yang menariknya, yang mengingatkan saya sehingga kini ialah di muka surat terakhir majalah itu akan ada gambar seperti di atas. Setiap kali keluaran majalah itu, gambar berlainan akan disisipkan. Anda, anda & anda di luar sana tahu tak apa yang ada di sebalik gambar ini?

Sebenarnya ada objek 3D yang tersembunyi. TETAPI, hanya jika anda menjumpainya! Jika tidak, mungkin anda anggap ia hanya sekadar gambar biasa. Baiklah, jika ada sesiapa antara anda semua yang dapat meneka dengan betul, hadiah misteri menanti!

Bagaimana nak menjawab? Mudah saja, tinggalkan jawapan di ruangan komen. Pastikan guna akaun Facebook anda supaya saya boleh PM nanti jika anda menang!

“PAT-PAT SIKU LIPAT, SIAPA CEPAT DIA DAPAT !!”

3,410 total views, 1 views today