Password SPPBS disekat ?
Salam perpaduan buat semua pengguna portal ini, harapan saya adalah anda semua sentiasa ceria menjalani hidup ini yang semakin hari semakin kian mencabar. Sebagai pendidik, tak dinafikan tugas kita sangat memerlukan mental, emosi & fizikal yang kuat untuk menangkis serta menyerap segala bebanan tugas pengkeranian, isi data online (makin banyak muncul pelbagai aplikasi yang entah apa-apa), fail ini & itu dan 1001 macam lagi tugas. Tugas mendidik yang sepatutnya menjadi “core bussiness” kita, dah terganggu dek aplikasi online yang pelbagai macam. Pening bukan?
“Ada guru yang pernah letak jawatan kerana tekanan kemahiran ICT yang sangat mendesak sekarang…”
*****************
Kalau anda lihat paparan gambar di atas, mungkin ia pernah berlaku terhadap guru-guru di luar sana. Adakah saya juga terlibat? Ya! Itu sudah pasti! Saya akui pernah alami keadaan di atas. Walaupun dengan kemahiran ICT saya yang agak baik!
Pengalaman saya, punca sebenar benda ini berlaku bukanlah sebab saya lupa password-nya (setiap password saya rekod). Tapi sebab SUP sekolah tak maklumkan mereka dah tukar password semua guru! Saya pun hairan juga, selalunya sekali saja saya taip password & terus boleh login. Kali ke-2 taip password & enter, tak boleh! Eh, aku silap tekan ke? Aku lupa password ke? Lepas taip kali ke-3, masih password yang sama, BOOM ! Keluar statement kat atas, “KATA LALUAN ANDA TELAH DISEKAT!” Aduh, tension-nya….Dah tertangguh kerja. Nak marah siapa agaknyer?
Apa nak buat? Kenalah call SUP sekolah maklumkan no. k/p dah kena block.
5,953 total views, 1 views today
Sangat menyusahkan bila menemui penyekatan,rasa nak ambik alih semua data dalam server.
sebab tu kena ada backup data di storan lain.
tak tahu, sebab tak terlibat.. hehe.. tapi de juga, kadang2 lupa password certain website.. mmg pening juga nak ingat..
lebih baik kita rekod password tapi kena pandai simpan lah di tempat selamat.
Saya mengaku tidak lupa password tetapi SUP sekolah telah mengubah password kerana dia ingin melihat data yang dimasukkan oleh guru. Saya tidak tahu adakah etika SUP sekolah itu baik atau tidak, tetapi saya kira ia adalah satu jenis pencerobohan ke atas kerja guru tanpa pengetahuan guru atau tanpa memaklumkan guru tentang apa-apa perubahan yang dia (SUP) telah buat.