Semak Keputusan SPM 2012


Tan Sri Abd Ghafar Mahmud - KPPM

Tan Sri Abd Ghafar Mahmud – KPPM

 

Seperti yang diketahui umum, hari ini (21 Mac 2013) diumumkan keputusan rasmi SPM 2012. Pasti anak-anak didik guru pada tahun lepas terasa sangat berdebar-debar untuk mengetahui pencapaian mereka selepas berhempas pulas study siang & malam, tak cukup dengan itu ditambah lagi dengan tuisyen & kelas tambahan sampaikan cikgu pun kurang masa bersama keluarga & anak-anak. Tujuannya hanyalah satu, anak murid…..

Sedikit laporan dari Berita Harian,

“Daripada 472,541 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012, 15,793 calon berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Daripada jumlah itu seramai 13,721 calon adalah dari sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan ia menunjukkan peningkatan sebanyak 0.16 peratus berbanding 12,970 calon memperoleh semua A pada 2011.

Bakinya, iaitu seramai 2,072 yang memperoleh semua A adalah dari sekolah bukan KPM, menurun 0.14 peratus berbanding 2,109 pada 2011.”

Bagaimana nak semak keputusan SPM?

  • SMS
    • Taip SPM [NO KAD PENGENALAN][ANGKA GILIRAN] hantar SMS ke 15888
  • contoh : SPM 701010011010 BCXXXXXXX hantar SMS ke 15888

 

Di sini Admin ingin mengucapkan tahniah kepada semua calon yang berjaya & kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa kerana laluan pendidikan  di alaf baru ini tersangatlah luas selepas SPM. Teruskan berusaha! Janganlah sesekali melupakan guru-guru anda & kalau wajah anda keluar di tv, ucaplah terima kasih kepada guru-guru selepas ucapan terima kasih kepada ibu bapa anda.

8,087 total views, 1 views today