[update 2] Bank Soalan Peperiksaan Akhir Tahun

SOALAN

 

Antara perlawanan bola sepak semi-final Sarawak VS Pahang atau pun keputusan pemilihan Naib Presiden & Ahli Majlis Tertinggi UMNO, yang mana satu-kah pilihan siaran anda malam ini? Kedua-duanya menarik bukan? Setakat saya menulis post ini, Pahang masih mendahului Sarawak dengan 3 gol berbalas 1. Keputusan pemilihan UMNO pula saya yakin dua orang penyandang Naib Presiden berjaya mengekalkan jawatan untuk pemilihan kali ini.

Portal ini menerima trafik (bilangan pengunjung) yang agak tinggi semenjak minggu lepas dek kerana ramai guru & murid tercari-cari soalan peperiksaan akhir tahun. Nasib baiklah portal ini stabil & tidak crash menangani jumlah download yang sangat tinggi. Boleh dikatakan trafik mencecah sehingga ribuan pengunjung untuk sehari apabila saya meneliti analisis trafik di hosting portal ini. Inilah yang dikatakan perkongsian ilmu adalah sesuatu yang sangat mulia untuk kita amalkan šŸ™‚

*********************

Soalan berikut baru sahaja diupload di SINI.

  1. Soalan akhir tahun PJPK KSSR – Tahun 1
  2. Soalan akhir tahun Pendidikan Seni KSSR – Tahun 2
  3. Soalan akhir tahun Pendidikan Sivik – Tahun 5
  4. Soalan akhir tahun PJPK – Tahun 6

87,201 total views, no views today


Bank Soalan Peperiksaan Akhir Tahun

SOALAN

Saya pasti & yakin ramai antara kita kalangan guru serta murid sedang mencari-cari soalan di internet untuk dijadikan bahan peperiksaan akhir tahun nanti juga sebagai bahan ulangkaji khususnya kepada murid-murid. Ya, anda jangan tak tahu bahawa bukan guru saja yang aktif menggunakan portal ini bahkan murid juga aktif bertanya itu & ini disamping memuat turun. Kalangan ibu bapa juga kelihatan memberi komen positif tentang impak portal ini terhadap perkembangan pendidikan anak-anak mereka. Saya tumpang gembira dapat memudahkan anda semua šŸ˜‰

Jadi di sini telah saya wujudkan paparan baru iaitu BANK SOALAN untuk mengumpulkan pelbagai soalan ujian mahupun peperiksaan untuk kegunaan anda semua. Soalan-soalan berikut telah saya uploadkan sebentar tadi.

  1. Soalan akhir tahun PJPK tahun 2
  2. Soalan akhir tahun Pendidikan Seni tahun 3
  3. Soalan akhir tahun PJPK tahun 4
  4. Soalan akhir tahun Pendidikan Moral tahun 5
  5. Soalan akhir tahun PJPK tahun 5

 

*p/s – sila klik perkataan BANK SOALAN untuk mendownload !

132,127 total views, 3 views today


Soalan Ujian Bulanan September 2013 + Google Chrome Book

crhome_book

Staf YTL memasang Chrome Book di makmal komputer

Adakah anda mengetahui tentang syarikat YTL? Pernahkah mendengar namanya? Sebenarnya ia adalah sebuah syarikat yang bertanggungjawab menguruskan kelengkapan ICT di sekolah-sekolah di Malaysia mutakhir ini. Syarikat ini banyak menguruskan tender berkaitan ICT di bawah KPM. Jika dahulu, talian internet di sekolah-sekolah diletakkan di bawah projek School Net dan diikuti dengan TMNet tapi sekarang banyak sekolah sudah menerima talian internet di bawah projek 1BestariNet termasuklah sekolah saya.

Modem WiFi yang digunakan untuk menarik signal internet adalah Yes4G & sebanyak 4 unit dibekalkan ke sekolah saya. Tapi ini bukan cerita yang terbaru. Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah tentang projek Google Chrome Book (Netbook) yang sekolah saya terima pada 5 Sept 2013 lepas. Kalau cikgu agak kurang faham, ia sebenarnya adalah laptop & jumlah yang diterima agak banyak juga, 41 unit. Bukan itu sahaja, ada lagi barangan lain seperti printer laser jet, sebuah troli yang boleh memuatkan 41 unit chrome book, 41 unit head fon & sebuah modem Yes 4G berwarna putih khas untuk kegunaan chrome book ini sahaja.

Chrome book ini tidak menggunakan sistem operasi Windows. Ia hanya berfungsi jika ada talian WiFi internet & akaun VLE, sistem Cloud lebih tepat istilahnya. Setiap guru & murid sudah dibekalkan dengan akaun VLE masing-masing. Jika berpindah tahun ini, sila bertanya guru ICT sekolah lama cikgu. Setakat ini, saya belum lagi gunakannya bersama murid. Mungkin selepas UPSR nanti.

**************

UPSR akan bermula Selasa ini, harapannya agar murid kita sudah bersedia. Cikgu-cikgu dah penat berhempas-pulas untuk menyediakan murid-murid sepanjang tahun ini. Semoga apa yang didoakan menjadi makbul hendaknya.Ā Jika ada antara sekolah cikgu yang mengadakan ujian bulanan September, bahan berikut telah saya uploadkan.

  1. Soalan ujian Matematik KSSR T3
  2. Soalan ujian Moral KSSR T3 Ā  Ā  Ā  Ā  Ā  [here]

55,922 total views, 1 views today


Soalan Pra UPSR 2013 Terengganu

SOALAN

Salam Syawal buat semua. Ya, kita masih lagi dalam mood raya tapi jangan lupa pula esok sudah mula sesi persekolahan. Kecualilah 3 negeri yang anda semua pun sudah maklum, mereka mula sekolah hari ini. Saya sedar & pasti anda juga sedar akan sesuatu yang sangat mencemaskan guru-guru tahun 6. Apakah ia? Ahha! Ya! Betul! UPSR sudah semakin dekat dengan murid-murid kita. Tak tahulah murid kita ini gemuruh ke tak, tapi yang pasti anda yang terlibat, pasti cemas! “Dah ready ke budak-budak aku ni?” Agaknya macam tu lah yang sedang bermain di benak fikiran cikgu-cikgu sekalian.

Jangan khuatir cikgu, masa masih ada. Jadi saya telah uploadkan bahan berikut untuk mantapkan lagi murid-murid kita!

  1. Percubaan UPSR Terengganu BM Pemahaman
  2. Percubaan UPSR Terengganu BM Penulisan
  3. Percubaan UPSR Bahasa-Inggeris-Kertas-1-Terengganu
  4. Percubaan UPSRĀ Bahasa-Inggeris-Kertas-2-Terengganu
  5. Percubaan UPSRĀ Matematik-1-Terengganu
  6. Percubaan UPSRĀ Matematik-2-Terengganu
  7. Percubaan UPSRĀ Sains-Terengganu

Dapatkannya di sini —> [Here]

46,053 total views, 2 views today