Soalan Pra UPSR 2013 Negeri Sembilan & Skema Jawapan

SOALAN

Hari ini saya telah mendapat surat dari pihak sekolah untuk menghadiri kursus penyebaran KSSR Tahun 4 bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK), satu subjek baru yang akan dilaksanakan pada 2014 nanti. Agak teruja juga nak hadiri kursus ini. Nak lihat apa kandungannya yang menarik sangat tu, hehe.. Memang minat saya bidang ini. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Berapa hari? Ermm… biasanya cikgu pergi untuk berapa hari? 2 hari? Tidak… 3 hari? Juga tidak… 1 hari? Tak mungkin! Ya, betul… 4 hari sehingga Jumaat ini. Insyaallah jika ada bahan, saya akan uploadkan di sini.

Baiklah, saya telah uploadkan soalan-soalan berikut. Kali ini skema jawapan ada, seronoklah cikgu-cikgu yer!

  1. Percubaan UPSR N9 Bahasa Melayu Pemahaman
  2. Percubaan UPSR N9 Bahasa Melayu Penulisan
  3. Percubaan UPSR N9 Bahasa Inggeris P1
  4. Percubaan UPSR N9 Bahasa Inggeris P2
  5. Percubaan UPSR N9 Matematik Kertas 1
  6. Percubaan UPSR N9 Matematik Kertas 2
  7. Percubaan UPSR N9 Sains A
  8. Percubaan UPSR N9 Sains B

 

Dapatkannya di sini —> [here]

22,036 total views, 1 views today


Soalan Pra UPSR 2013 Johor

SOALAN

Semalam saya terfikir mungkin ada rakan guru yang sedang menghitung hari menjelang UPSR 2013 & sedang merancang apa aktiviti yang nak ditambah lagi dalam masa yang berbaki. Jadi saya browse-lah sedikit sebanyak dalam perisian portal ini mencari apa widget yang sesuai untuk memudahkan anda menghitung hari (macam lagu Krisdayanti pula). Maka terjumpalah satu widget ini yang anda boleh tengok di sebelah kanan portal. Sudah siap sedia kiraan bilangan minggu, hari, jam, minit & saat untuk tatapan. Mudah bukan?

Kepada cikgu yang ada meminjam dengan PTPTN masa belajar/sambung belajar dulu, nah ada berita kurang baik yang trending sejak semalam. Nasihat saya jangan liat membayar hutang, kelak diri merana. Nak buat pinjaman kereta, rumah & peribadi pun mungkin menjadi masalah jika tersenarai dalam sistem CCRIS. Jadi “bertaubatlah” segera, hehe 🙂

>>Peminjam ingkar PTPTN disenarai CCRIS

Untuk anda semua pengunjung setia portal ini, saya telah uploadkan bahan berikut.

  1. Percubaan UPSR Johor Bahasa Melayu Pemahaman
  2. Percubaan UPSR Johor Bahasa Melayu Penulisan
  3. Percubaan UPSR Johor Bahasa Inggeris Kertas 1
  4. Percubaan UPSR Johor Bahasa Inggeris Kertas 2
  5. Percubaan UPSR Johor Matematik Kertas 1
  6. Percubaan UPSR Johor Matematik Kertas 1
  7. Percubaan UPSR Johor Sains Bahagian A
  8. Percubaan UPSR Johor Sains Bahagian B

 

Dapatkannya di sini —–> [here]

5,633 total views, no views today