Bagaimana portal ini mendapat sumber kewangan?

Mungkin ada antara rakan guru yang tertanya-tanya bagaimana portal ini mendapat sumber kewangan? Agak hairan bukan kerana segala fail yang  di muat turun adalah PERCUMA! Mungkin anda pernah mendengar ramai orang cakap begini, “mana ada benda free dalam dunia ni? nak kencing pun kena bayar tau!”

Baiklah, di sini saya ingin membuka serba sedikit RAHSIA bagaimana saya menjana kewangan untuk portal ini supaya sentiasa online & berfungsi untuk kegunaan anda semua. Jika sebelum ini, mungkin sedikit sahaja daripada anda yang tahu & faham tetapi saya rasa selepas penjelasan BERGAMBAR dalam artikel ini, harapannya agar semua boleh mendapat ilmu yang sangat berguna ini di dunia internet yang sebenarnya.

Sebenarnya jika anda perasan, ada sudut iklan dalam portal ini yang letaknya di sebelah ATAS, KIRI & KANAN portal. NUFFNANG ! Ya, anda pasti telah melihat perkataan ini berulang kali dalam paparan portal. Ia merupakan sebuah syarikat pengiklanan di portal, website & blog yang sangat terkenal dalam kalangan blogger-blogger & pengusaha laman-laman portal di Malaysia. Syarikat ini memberi peluang kepada para pengusaha laman portal seperti saya untuk mengiklankan produk-produk daripada klien mereka seperti Coca-Cola, Digi, Maxis, Celcom, Hotlink, Volks Wagen & pelbagai lagi jenama syarikat di portal ini. Melalui iklan mereka, portal ini dapat menjana kewangan iaitu bergantung kepada bilangan klik yang diterima dari anda semua terhadap iklan-iklan tertentu secara mingguan atau bulanan.

Anda boleh lihat gambar berikut untuk mengetahui kedudukan iklan di portal ini:

sidebar

lihat anak panah

Cuba anda perhatikan sebentar gambar di atas, lihat anak panah HITAM ! Ya, itulah lokasi iklan yang jika di KLIK & dan dibiarkan ia loading sebentar sehingga siap, akan MENJANA DUIT untuk portal ini. Satu lagi gambar:

rectangle

lihat anak panah

 

Terdapat dua anak panah di situ untuk iklan yang berlainan bentuknya. Tetapi konsepnya sama sahaja. Setiap KLIK dari anda semua akan MENJANA DUIT untuk portal ini. Apatah lagi bila anda BERMINAT untuk membeli produk yang diiklankan, maka SUMBANGAN anda adalah lebih BESAR lagi terhadap portal ini.

Inilah RAHSIA sebenar bagaimana pengusaha laman portal & blog seperti saya berupaya untuk bertahan bagi menampung kos sewa domain & hosting saban tahun. Saya banyak menerima komen yang menyatakan mereka amat menghargai jasa baik saya berkongsi beratus-ratus fail PERCUMA yang berkaitan bidang pendidikan umumnya & lebih tepat lagi KSSR beserta beberapa info berkaitan.

Jadi jika anda rasa ingin MEMUAT TURUN PERCUMA di samping ingin MENYUMBANG, maka telah saya sediakan cara-caranya. Semoga kita sama-sama mendapat faedah daripada perkongsian ini. Terima kasih buat anda semua… 🙂

57,524 total views, 2 views today