KSSR Blackout !

bilik seminar bergelap

bilik seminar bergelap

BLACKOUT pulak…Aduh!

Ini hari penyudah bagi kursus KSSR TMK tapi blackout pulak tepat jam 9.00 pagi tadi, adui…Laptop terus terpadam sebab saya keluarkan bateri untuk guna elektrik dari bilik seminar. Antara petua nak jaga hayat bateri laptop supaya boleh pakai lama adalah dengan tidak menggunakannya ketika elektrik digunakan. Dalam bahasa mudah fahamnya, JANGAN GUNA sambil mengecas.

Biasanya hari terakhir berkursus, cikgu-cikgu akan mengisi borang tuntutan perjalanan. Perlu ke buat tuntutan ini?

SANGAT PERLU !!!

Sebabnya? Kerajaan telah menurunkan sejumlah peruntukan untuk cikgu claim perjalanan. Katakanlah untuk satu-satu daerah, jumlahnya adalah RM10 ribu bagi satu-satu kursus untuk tahun peruntukan 2013. Tapi cikgu yang buat claim apabila dijumlahkan kesemuanya hanyalah dalam RM5 ribu sahaja. Cikgu lain malas nak buat atas pelbagai alasan. Baki peruntukan itu akan dipulangkan semula kepada pihak kerajaan. Kesannya?

AMAUN PERUNTUKAN CLAIM AKAN DIKURANGKAN UNTUK TAHUN BERIKUTNYA

Anggapan mereka adalah jumlah peruntukan yang diturunkan sebelum ini agak tidak relevan dengan jumlah claim yang dibuat iaitu hanya 50% sahaja. Begitulah sedikit sebanyak analoginya untuk cikgu mudah faham.

 

*p/s – Buatlah claim selayaknya, kerana itu hak kita 🙂

* Bahan dari rakan kita Cikgu Suhazlin Bt. Suratman, SK Batu Berendam 2 – Pemetaan Analisa English Tahun 1 [here]

11,007 total views, 1 views today


Kursus KSSR TMK Tahun 4 2013

dalam bilik seminar PKG

dalam bilik seminar PKG

Ini hari ke-3 berkursus, bilik seminar agak padat dengan cikgu-cikgu dari pelbagai sekolah. Lokasi kursus? Diadakan di Pusat Kegiatan Guru (PKG). Cikgu lelaki duduk di sebelah kiri bilik & cikgu perempuan duduk di sebelah kanan. Budaya mengasingkan jantina ni memang sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia ni terutama kaum Melayu. Sebenarnya agak semulajadi terjadi, JU tak merancang kedudukan sebegini.

Pengisian kursus? Kami didedahkan oleh Jurulatih Utama (JU) dengan kemahiran berikut:

  • Edit imej & gambar mengggunakan software GIMP ver 2
  • Edit bunyi menggunakan software Audacity
  • Edit video menggunakan software Windows Movie Maker

Sedikit pesanan daripada JU untuk cikgu-cikgu yang sedang sambung belajar. Pasti ada tesis @ kajian yang perlu dibuat & sedang dibuat dan juga sudah siap pun. Sudah tentu cikgu simpan fail itu dalam PC, laptop atau storan luar (external hard disk) bukan? Untuk tambah lagi keselamatan fail yang disimpan itu supaya tidak hilang (PC, laptop, hard disk rosak tiba-tiba!), adalah lebih baik ianya disimpan di storan terkini yang semakin popular iaitu Cloud (awan). Yang paling popular sekarang seperti SkyDrive & Google Drive. Cikgu boleh cari maklumat ini di Google. Perkhidmatan storan ini PERCUMA untuk saiz storan yang tertentu. Jika mahu saiz lebih besar, kenalah keluar duit sikit 🙂

Google Drive —> Klik di sini

SkyDrive —> Klik di sini

6,079 total views, 1 views today