Salam Aidilfitri Dari Cikgu Untuk Cikgu

raya 2013

” Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Mohon Dimaafi.. “

Tanggal 8 Ogos 2013 (Khamis) sangat menyentuh hati taktala tersiarnya pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar di Raja di kaca tv pada malam semalam. Saya pasti ramai rakan guru di luar sana yang terpacak di depan kaca tv bersama keluarga masing-masing sambil menanti bait-bait tutur kata dari seseorang yang muncul hanya beberapa kali dalam setahun. Yang sangat diharapkan menjadi kenyataan apabila beliau mengumumkan tarikh hari raya adalah pada hari ini! Apa lagi, bagai dalam zon perang, bunyi mercun berdentum-dentum di langit! Seronok sungguh seisi alam menyambut kedatangan 1 Syawal 1434 Hijrah. Saya pun begitu juga šŸ™‚

Semasa saya menghadiri sembahyang sunat hari raya pagi tadi, saya agak tersentuh dengan satu nasihat dari saudara khatib yang membaca khutbah. Beliau menyebut;

Pada 1 Syawal yang mulia ini, janganlah kita hanya leka menonton rancangan tv yang disediakan sempena perayaan pada kali ini sehingga kita lupa untuk menziarahi sanak saudara, rakan dan taulan, jiran tetangga serta saudara sesama Islam. Tidaklah bermakna raya kita jika tv menjadi pengisian rohani, sedangkan yang sepatutnya adalah budaya kunjung-mengunjung…”

Saya fikir mungkin ada antara kita yang terasa diri mereka berada dalam golongan yang disebut di atas. Jadi, saya menyeru agar kita sahut nasihat khatib itu dengan baik. Kita eratkan semula semua ikatan persaudaraan yang telah lama longgar & putus. Di kesempatan pada hari yang mulia ini, saya selaku admin Portal KSSR Online ingin mengucapkanĀ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Mohon maaf zahir dan batin…

3,399 total views, no views today