RPT KSSR Tahun 4 2014 [tambahan]

gambar hiasan

gambar hiasan

Semalam agak hangat juga berita penjawat awam yang memiliki ijazah sarjana (Master) & PhD akan dinaikkan gaji sikit masa lagi selepas semakan bakal dilakukan. Heboh guru-guru menyelitkan berita itu di wall facebook KGM (Kami Guru Malaysia). Cuma apa yang saya hairan, tidak disebut pun Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Semak kenyataan di bawah;

“33 skim perkhidmatan gaji tersebut termasuk pensyarah universiti,

pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidikan, akauntan,

pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik.”

Namun, mungkin juga ia termasuk dalam 33 skim itu, siapa tahu? Ia tak disebut bukan? Semak berita itu di sini.

***************

RPT tambahan telah saya uploadkan. Semak di bawah;

  1. RPT KSSR TMK SJKC Tahun 4
  2. RPT KSSR Sejarah SJKT Tahun 4
  3. RPT KSSR Sejarah SJKC Tahun 4
  4. RPT KSSR Sains SJKC Tahun 4
  5. RPT KSSR PK SJKC Tahun 4
  6. RPT KSSR Matematik SK Tahun 4
  7. RPT KSSR Dunia Seni SJKC Tahun 4

—> di SINI.

25,307 total views, no views today


RPT KSSR Tahun 4 2014 (dikemaskini)

RPH

 

Salam buat semua.

Banjir telah melanda negeri Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor. Terukkah kali ini? Iya…memang teruk sekali terutamanya di bandar Kuantan. LUMPUH satu bandar dek penangan bah besar. Di media sosial seperti facebook, viral sekali isu berkenaan penempatan mangsa banjir Malaysia yang bertebaran dalam pusat-pusat pemindahan banjir. Mereka merungut kerana keadaan penempatan yang sesak, kekurangan makanan, sukar menukar pakaian, malah ada yang tidak dapat buang air sehingga seminggu. Wah! agak dahsyat juga ya.

Lebih viral & teruk lagi apabila gambar-gambar penempatan mangsa banjir negara lain seperti Jepun & Thailand dikongsikan bersama. Apa yang menyebabkan Malaysia nampak kekurangannya apabila di 2 buah negara itu, pengurusan penempatan banjir mereka tersangatlah baik & sistematik. Ada ruangan kubikal & khemah disediakan dalam dewan. Mudahlah para mangsa untuk mendapat ruang peribadi mereka sendiri. Tidaklah malu untuk menukar pakaian. Saya rasa ini wajar pihak Majlis Keselamatan Negara contohi pada masa-masa akan datang. Ke arah pengurusan yang lebih baik, apa salahnya bukan?

*****************

Banyak permintaan daripada kalangan rakan guru supaya dikemaskini RPT tahun 4 untuk sesi 2014. Maka, fail berikut telah saya upload-kan.

  1. RPT KSSR Sains Tahun 4 
  2. RPT KSSR Pend. Moral Tahun 4 
  3. RPT KSSR Matematik SJKC Tahun 4 
  4. RPT KSSR B. Inggeris Tahun 4 
  5. RPT KSSR B. Inggeris SJK Tahun 4 
  6. RPT KSSR B. Melayu SJK Tahun 4 
  7. RPT KSSR B. Cina Tahun 4 

** dapatkannya di —> SINI

21,760 total views, 1 views today