Soalan Peperiksaan Akhir Tahun 2019

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pihak admin & team guru-guru pembina soalan telah menyediakan soalan peperiksaan akhir tahun 2019 yang semestinya baharu serta berkualiti, menepati format peperiksaan terkini & silibus KSSR yang terkini. Ucapan terima kasih kepada panel-panel guru yang bertungkus lumus dalam penyediaan soalan-soalan ini. Juga tidak lupa kepada anda semua para guru, ibu bapa & murid yang sentiasa menjadi pengunjung setia portal ini, TERUSKAN SOKONGAN ANDA! TERIMA KASIH.

Berikut update terkini:

  1. Soalan PBD Akhir Tahun 2019 – Bahasa Melayu Tahun 3 (Kertas 1 & 2) * telah diupload pada 14/08/2019
  2. Soalan PBD Akhir Tahun 2019 – Bahasa Inggeris Tahun 3 (Kertas 1 & 2) * telah diupload pada 14/08/2019
  3. Soalan PBD Akhir Tahun 2019 – Matematik Tahun 3 (Kertas 1 & 2) * telah diupload pada 14/08/2019
  4. Soalan PBD Akhir Tahun 2019 – Sains Tahun 3 (Kertas 1 & 2) * telah diupload pada 14/08/2019
  5. Soalan Akhir Tahun 2019 – Bahasa Melayu Tahun 4 (Kertas 1 & 2) * telah diupload
  6. Soalan Akhir Tahun 2019 – Bahasa Inggeris Tahun 4 (Kertas 1 & 2) * telah diupload
  7. Soalan Akhir Tahun 2019 – Matematik Tahun 4 (Kertas 1 & 2) * telah diupload
  8. Soalan Akhir Tahun 2019 – Sains Tahun 4 (Kertas 1 & 2) * telah diupload
  9. Soalan Akhir Tahun 2019 – Bahasa Melayu Tahun 5 (Kertas 1 & 2) * telah diupload
  10. Soalan Akhir Tahun 2019 – Bahasa Inggeris Tahun 5 (Kertas 1 & 2) * telah diupload
  11. Soalan Akhir Tahun 2019 – Matematik Tahun 5 (Kertas 1 & 2) * telah diupload
  12. Soalan Akhir Tahun 2019 – Sains Tahun 5 (Kertas 1 & 2) * telah diupload

*p/s – Setiap soalan telah disediakan bersama skema jawapannya 🙂

>> Download Bank Soalan 1 (versi .pdf) <<

>> Download Bank Soalan 2 (versi word) <<

1,086 total views, 23 views today


[update 2] Bank Soalan Peperiksaan Akhir Tahun

SOALAN

 

Antara perlawanan bola sepak semi-final Sarawak VS Pahang atau pun keputusan pemilihan Naib Presiden & Ahli Majlis Tertinggi UMNO, yang mana satu-kah pilihan siaran anda malam ini? Kedua-duanya menarik bukan? Setakat saya menulis post ini, Pahang masih mendahului Sarawak dengan 3 gol berbalas 1. Keputusan pemilihan UMNO pula saya yakin dua orang penyandang Naib Presiden berjaya mengekalkan jawatan untuk pemilihan kali ini.

Portal ini menerima trafik (bilangan pengunjung) yang agak tinggi semenjak minggu lepas dek kerana ramai guru & murid tercari-cari soalan peperiksaan akhir tahun. Nasib baiklah portal ini stabil & tidak crash menangani jumlah download yang sangat tinggi. Boleh dikatakan trafik mencecah sehingga ribuan pengunjung untuk sehari apabila saya meneliti analisis trafik di hosting portal ini. Inilah yang dikatakan perkongsian ilmu adalah sesuatu yang sangat mulia untuk kita amalkan 🙂

*********************

Soalan berikut baru sahaja diupload di SINI.

  1. Soalan akhir tahun PJPK KSSR – Tahun 1
  2. Soalan akhir tahun Pendidikan Seni KSSR – Tahun 2
  3. Soalan akhir tahun Pendidikan Sivik – Tahun 5
  4. Soalan akhir tahun PJPK – Tahun 6

87,141 total views, 1 views today


Bank Soalan Peperiksaan Akhir Tahun

SOALAN

Saya pasti & yakin ramai antara kita kalangan guru serta murid sedang mencari-cari soalan di internet untuk dijadikan bahan peperiksaan akhir tahun nanti juga sebagai bahan ulangkaji khususnya kepada murid-murid. Ya, anda jangan tak tahu bahawa bukan guru saja yang aktif menggunakan portal ini bahkan murid juga aktif bertanya itu & ini disamping memuat turun. Kalangan ibu bapa juga kelihatan memberi komen positif tentang impak portal ini terhadap perkembangan pendidikan anak-anak mereka. Saya tumpang gembira dapat memudahkan anda semua 😉

Jadi di sini telah saya wujudkan paparan baru iaitu BANK SOALAN untuk mengumpulkan pelbagai soalan ujian mahupun peperiksaan untuk kegunaan anda semua. Soalan-soalan berikut telah saya uploadkan sebentar tadi.

  1. Soalan akhir tahun PJPK tahun 2
  2. Soalan akhir tahun Pendidikan Seni tahun 3
  3. Soalan akhir tahun PJPK tahun 4
  4. Soalan akhir tahun Pendidikan Moral tahun 5
  5. Soalan akhir tahun PJPK tahun 5

 

*p/s – sila klik perkataan BANK SOALAN untuk mendownload !

131,921 total views, 3 views today