Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2020

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Salam tahun baru 2020 buat semua pengunjung Portal KSSR. Admin mendoakan agar anda semua bakal mencapai apa yang dihajati pada tahun baru ini. Walaupun negara kita belum mencapai status negara maju seperti yang pernah digazetkan dahulu, tapi biarlah pemikiran kita sudah berada setaraf dengan budaya masyarakat negara maju.

Di sini Admin ingin memaklumkan, soalan-soalan pentaksiran/peperiksaan bagi sesi pertengahan tahun 2020 akan dimuat naik dalam masa terdekat. Guru-guru panel kami sedang bertungkus-lumus menaip soalan-soalan terbaharu dari kami untuk anda semua. Buat pertama kali juga soalan DLP kami sediakan bagi sesi 2020 ini. Kami juga memastikan apa yang diberi kepada anda semestinya berkualiti & dapat membantu anak-anak murid/para guru & juga ibu bapa mencapai kecemerlangan dalam pentaksiran di sekolah masing-masing.

Berikut adalah senarai soalan yang akan dimuat naik di Bank Soalan portal ini:

TAHUN 3 (Persediaan memasuki sistem peperiksaan di tahun 4 nanti):

  1. Bahasa Melayu – Kertas 1 & Kertas 2
  2. Bahasa Inggeris – Kertas 1 & Kertas 2
  3. Matematik – Kertas 1 & Kertas 2
  4. Sains- Kertas 1 & Kertas 2

TAHUN 4:

  1. Bahasa Melayu – Kertas 1 & Kertas 2
  2. Bahasa Inggeris – Kertas 1 & Kertas 2
  3. Matematik – Kertas 1 & Kertas 2 (DLP – Dwibahasa)
  4. Sains- Kertas 1 & Kertas 2 (DLP – Dwibahasa)

TAHUN 5:

  1. Bahasa Melayu – Kertas 1 & Kertas 2
  2. Bahasa Inggeris – Kertas 1 & Kertas 2
  3. Matematik – Kertas 1 & Kertas 2 (DLP – Dwibahasa)
  4. Sains- Kertas 1 & Kertas 2 (DLP – Dwibahasa)

TAHUN 6 (Soalan Ramalan UPSR 2020 – Semester 1):

  1. Bahasa Melayu – Kertas 1 & Kertas 2
  2. Bahasa Inggeris – Kertas 1 & Kertas 2
  3. Matematik – Kertas 1 & Kertas 2 (DLP – Dwibahasa)
  4. Sains- Kertas 1 & Kertas 2 (DLP – Dwibahasa)

Klik Link Download di bawah: 🙂

>>Bank Soalan 1 <<

>> Bank Soalan 2 <<

2,194 total views, 13 views today