Selamat berpuasa cikgu…
” Salam dihulur kasih diterima,
Agar ikatan terjalin mesra,
Syaaban berlalu Ramadhan menjelma,
Tingkatkan amalan hadkan selera… “
Di kesempatan ini dengan penuh rasa rendah diri saya ingin melahirkan perasaan kegembiraan di kala menyambut 1 Ramadan yang bermula pada ketika ini. Bulan yang penuh barakah ini diharapkan menjadi penerusan kepada kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan pada bulan-bulan yang lepas, Insyaallah. Kepada rakan-rakan guru muslim di luar sana, saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA dan mendoakan agar anda semua diberkati di sepanjang bulan ini.
*p/s – Ringtone handfon dah boleh tukar lagu raya nampaknya 🙂
3,018 total views, no views today