KSSR Blackout !

bilik seminar bergelap

bilik seminar bergelap

BLACKOUT pulak…Aduh!

Ini hari penyudah bagi kursus KSSR TMK tapi blackout pulak tepat jam 9.00 pagi tadi, adui…Laptop terus terpadam sebab saya keluarkan bateri untuk guna elektrik dari bilik seminar. Antara petua nak jaga hayat bateri laptop supaya boleh pakai lama adalah dengan tidak menggunakannya ketika elektrik digunakan. Dalam bahasa mudah fahamnya, JANGAN GUNA sambil mengecas.

Biasanya hari terakhir berkursus, cikgu-cikgu akan mengisi borang tuntutan perjalanan. Perlu ke buat tuntutan ini?

SANGAT PERLU !!!

Sebabnya? Kerajaan telah menurunkan sejumlah peruntukan untuk cikgu claim perjalanan. Katakanlah untuk satu-satu daerah, jumlahnya adalah RM10 ribu bagi satu-satu kursus untuk tahun peruntukan 2013. Tapi cikgu yang buat claim apabila dijumlahkan kesemuanya hanyalah dalam RM5 ribu sahaja. Cikgu lain malas nak buat atas pelbagai alasan. Baki peruntukan itu akan dipulangkan semula kepada pihak kerajaan. Kesannya?

AMAUN PERUNTUKAN CLAIM AKAN DIKURANGKAN UNTUK TAHUN BERIKUTNYA

Anggapan mereka adalah jumlah peruntukan yang diturunkan sebelum ini agak tidak relevan dengan jumlah claim yang dibuat iaitu hanya 50% sahaja. Begitulah sedikit sebanyak analoginya untuk cikgu mudah faham.

 

*p/s – Buatlah claim selayaknya, kerana itu hak kita 🙂

* Bahan dari rakan kita Cikgu Suhazlin Bt. Suratman, SK Batu Berendam 2 – Pemetaan Analisa English Tahun 1 [here]

10,890 total views, no views today