Berita Panas!Gaji Naik RM400,ITP RM350++ ??
Kenaikan gaji kakitangan awam 2013 + Elaun : Berdasarkan sumber dalaman yang kami baru terima sebentar tadi dari Putrajaya di mana bahang Pilihanraya Umum ke 13 di sana semakin terasa. Bilik-bilik gerakan yang bertempat di Jabatan Pendaftaran Negara contohnya dikatakan telah bersedia. Dalam pada masa yang sama….
Gaji Kakitangan Awam + Elaun Perumahan Naik?
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji kakitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.
Dalam pada masa yang sama, (CUEPACS) dilihat akan terus menekan supaya kerajaan mengkaji semula faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak 4% dengan menurunkan ia kepada 1%.
Sumber :: http://beritasemasa.com/kenaikan-gaji-kakitangan-awam-2013
6,794 total views, 1 views today
Assalammualaikun cik ning
Siapalah kita utk dipandang baik oleh krj, perdana menteri, yg berhormat, pegawai jkm, pdk . Malahan pegawai jkm, pdk bijak memutarkan belit fakta memberikan kita tawaran pekerja kontrak for services yg tiada satu pun mendapat kebajikan , tiada bonus, tiada kenaikan gaji, nama gaji pun tak mampu diberikan, tiada sosco malahan nyawa pun tiada erti bagi mrk. Utk mohon serap jawatan jauh panggang dpd api. Malahan pegawai jkm menggugut jangan kita nak mengimpikan menerima apa sama spt mrk tp apabila nak guna tenaga kita utk buat bantu kerja mrk
…. senang je guna tenaga kita. Bgmnakah masa depan kita yg gelap ni? Maaf ni hanyalah keluhan saya shj yg jauh terpinggir dlm pemodenan negara malaysia. Maaf sekali lg.
terima kasih, semua maklumat kita kongsikan bersama…berguna untuk semua.
kalau ada yang sudi berkongsi bahan lebih meriah rasanya.
maklumat kssr disini amat berharga…
harap cikgu dapat kongsikan dengan rakan yang lain
Mcmna plak elaun petugas PDK naik ke…Harap sangatlah d'beri peluang sbb petugas Pdk x sma mcm pnjawat awam (jwtn skrela ja d'bg elaun tp wat pinjaman kreta/rmah/pencen x dpt k'istimewaan pown….Minta2lah PM mndngar rintihan kami 🙂
setakat ini berita hanya fokuskan untuk penjawat awam,sektor lain pihak kami tak pasti.
tunggu PRU ni macam lambat sgt pula
politik tanah air kita memang semakin hangat..