Gaji Tahunan Naik 1 Tangga – Datuk Seri Najib Tun Razak
Jika sebelum ini Admin ada mensisipkan ramalan tentang COLA & ITP yang dicanangkan Ceupacs bakal akan naik, nampaknya ramalan itu meleset sama sekali. Selepas tengah hari tadi di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA ke-13), antara 9 “berita baik” yang diumumkan, berikut adalah salah satu daripadanya yang dinikmati semua PA di Malaysia.
“Pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013 di mana penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred masing-masing.”
Contoh :
Guru Gred DG41 :
- Gaji pokok 2012 = RM2500, KGT = RM225, TPG = Januari 2013
- Gaji pokok Jan 2013 = RM2500 + RM225 = RM2725
Selepas PM umum KGT naik 1 tangga :
- Gaji pokok selepas 1 Julai 2013 = RM2725 + RM225 = RM2950
Maksud di sini, untuk tahun 2013, para PA akan terima 2 kali kenaikan gaji. Tahniah diucapkan buat semua walaupun Ceupacs minta A & B tapi yang dapat adalah C, gaji tetap juga naik.
7,340 total views, 1 views today
Sesiapa yang dilantik DG41 tahun ini tidak layak mendapat pergerakan gaji tahunan? Terima Kasih.
Salam Ramadhan untuk semua yang mengenali saya dan selamat menyambut Aidilfitri yang mulia, maaf zahir dan bathin, semoga Allah memberkati amalan kita.
Assalammualaikum terima kasih atas segala sharing,ia amat bermakna..cuma saya nak tanya untuk pendidikan khas tak nak buat ke?
w’salam cikgu,sama-sama.bahan utk ppki agak kurang.jika ada,saya pasti akan uploadkan.jika cikgu ada,sudi2kan berkongsi.ada ruangan upload yg disediakan.
jangan fikir pasal gaji, fikirkan apakah sumbangan yang diberi setimpal dengan gaji yang kita terima.
belajarlah bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh Allah.
yg pergerakan bln Julai kenaikan cam ne? dapatnya 1hb 7 dgn 25hb 7 k?
Bahtiar Bin Sulaiman.
gaji julai yg diawalkan tu Ada tunggakan atau terus dpt pd bulan 7 nnti?
br td kerani skolah sy ckp diorg dh dpt pn pekeliling tp xde pn knaikan gj utk kami cikgu2.
mcm mane lak dgn org yg tangga gj bulan julai dan oktober? diaorg dpt 2x kenaikan gk ker?
semua PA dapat 2x kenaikan gaji tak kiralah bulan berapa TPG mereka.
Beruntung sangatlah para askar di tahun ini.
sebenarnya semua PA untung tapi pasukan keselamatan Malaysia lebih diutamakan sebab jasa mereka baru² ini.