Kelantan dahului cuti 5 Mei sempena PRU13


Salam 1 Malaysia buat semua pembaca & pengguna portal ini, apa khabar anda semua? Sudah bersedia dengan perancangan mengajar esok hari? Kebiasaannya saya hantar buku rekod mengajar pada hari Jumaat. So, bolehlah cuti dengan senang hati. Saya percaya banyak sekolah yang mengamalkan sistem mengumpulkan buku rekod guru pada hari Jumaat.

***************

Jika sebelum ini saya ada menulis artikel berkenaan cuti umum 5 & 6 Mei sempena PRU13, hari ini saya ingin mengulas sedikit berkenaan dengan langkah ke depan yang diambil oleh kerajaan sementara Kelantan dengan mengumumkan cuti umum pada 5 Mei 2013 nanti bagi memberi laluan kepada proses demokrasi pilihan raya ke-13. Kita maklum bahawa pada 5 Mei nanti, 3 negeri iaitu Kelantan, Terengganu & Kedah tidaklah cuti berbanding negeri-negeri lain. Saya memetik kenyataan dari Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau memaklumkan bahawa kakitangan awam, swasta serta rakyat umum tidak lagi perlu memohon cuti atau keluar sementara pada waktu bekerja untuk mengundi. Tindakan beliau ini bagi memberi keadilan kepada semua.

Saya fikir langkah ke depan ini patut dicontohi oleh 2 negeri lain (Terengganu & Kedah) dengan segera. Malah negeri-negeri lain juga boleh umumkan cuti pada 6 Mei nanti. Sebab apa? Ada rakan guru yang merungut kerana lokasi mengundi mereka jauh di negeri lain sedangkan mereka mengajar di negeri lain. Walaupun 5 Mei itu cuti tapi kekangan masa untuk drive pulang semula selepas mengundi pada hari yang sama tentu memenatkan. Ada juga rakan guru yang menjangkakan 5 Mei itu akan berlakunya kesesakan jalan raya ataupun lebuh raya. Kesian juga mereka…Mungkin di sini cuti rehat khas (CTR) wajar diambil mereka.

****************

Semalam (20 April 2013), telah berlangsungnya hari penamaan calon di seluruh negara. Tiada seorang calon pun yang diumumkan menang tanpa bertanding. Ramai penganalisis politik menjangkakan PRU kali ini sangat sengit & menarik untuk diikuti. Saya juga tak terlepas memantau perkembangan penamaan calon ini di facebook & blog. Yang menariknya, terdapat 3 orang artis buat pertama kalinya menyertai proses demokrasi ke-13 kali ini. Saya sempat juga snap di facebook gambar artis yang terkenal dengan lagu “Janji Manismu” ini. Beliau akan bertanding di parlimen Jempol, N9 yang juga dikatakan kawasan panas kerana menentang Veteran Umno, Tan Sri Isa Samad, bekas Menteri Besar & wakil parlimen Jempol, N9.

Wan Aisyah Wan Ariffin

Wan Aisyah Wan Ariffin

*p/s – Cikgu dah semak daftar pemilih di SPR? Klik sini.

3,400 total views, 2 views today