Kenali Penulis
Kisah hidup penulis bermula di sini. Dilahirkan di sebuah kampung pada tahun 1983 dan dibesarkan di situ sehingga tahun 1985. Kemudian penulis dibawa berpindah bersama ibu dan ayahnya ke sebuah negeri pada tahun 1985 dan pada ketika itu penulis baru sahaja berusia 2 tahun. Sebab penghijrahan adalah kerana ayah dan ibu penulis ditawarkan untuk menyertai Skim Tanah Rancangan FELDA.
Pada ketika usia menjangkau 6 tahun, penulis telah dihantar untuk pendidikan awal di Tadika KEMAS dan seterusnya naik ke darjah 1 hingga 6 di sebuah sekolah rendah. Keputusan UPSR pada ketika itu tidaklah begitu memberangsangkan. Seterusnya menyambung persekolahan ke peringkat menengah rendah di sebuah sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 3.
Dengan berbekalkan keputusan PMR yang sangat baik, penulis telah memohon untuk menyambung ke tingkatan 4 dan 5 di sebuah sekolah menengah teknik yang terkenal. Permohonan diterima dan bermulalah kehidupan penulis sebagai seorang pelajar berasrama buat kali pertama dalam hidup. Cabaran tinggal di asrama membuatkan penulis agak tertekan kerana segala-galanya perlu diuruskan sendiri. Tekanan itu berlarutan selama 2 tahun sepanjang di situ. Akhirnya memberi kesan kepada keputusan SPM pada tahun 2000 yang agak tidak menyenangkan hati penulis.
Namun, rezeki daripada Allah menyebelahi penulis. Ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi Sains Fizikal di sebuah kolej tajaan KPM pada tahun 2001. Bertitik tolak dari situ, penulis tekad untuk berusaha sehinggalah mendapat keputusan cemerlang dalam tempoh setahun pengajian.
Universiti Sains Malaysia (USM) membuka pintu seluas-luasnya kepada penulis untuk meneruskan pengajian di bidang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam pengkhususan Matematik dan Teknologi Maklumat pada tahun 2002 hinggalah ke 2005. Setelah bertungkus-lumus hidup sebagai seorang pelajar universiti, segulung ijazah berjaya digenggamnya di upacara konvokesyen universiti pada tahun 2006.
Minat yang mendalam dalam bidang perguruan mendorong penulis untuk memohon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) pada tahun 2006 dan sekali lagi rezeki Allah menyebelahi. Diterima masuk ke Institut Pendidikan Guru pada tahun 2007 dan mendalami ilmu perguruan selama setahun seterusnya menerima segulung diploma pendidikan.
Pada tanggal 2 Januari 2008, penulis telah menerima surat arahan untuk penempatan pertama sebagai seorang guru sehingga kini 🙂
12,333 total views, 1 views today
mcam mana mauk dowload rpt ,,sb perlukan pasword
semoga Allah terus memberkati cikgu..
Mengajar subjek muzik th 6 kssr tahun 2016.
Mohon password dari cikgu.
oh dear..i forgot the pw…n i need the BI for Y5 which was done by me…can help me there?
Terima kasih admin atas usaha murni ini. tahniah.
give question
Tahniah cikgu dan terima kasih segala perkongsian yang dperolehi dari portal cikgu yang banyak membantu. semoga Allah memberkati amal cikgu yang murni ini.
terima kasih atas sokongan cikgu
sama-sama,teruskan sokongan anda.
T.KASIH ATAS SEGALA USAHA MURNI CIKGU…ALLAH SHJ YG AKAN MEMBALASNYA
boleh share pasword untuk dapatkan rpt..tq
MAY I KNOW THE PASSWORD IN RDER FOR ME TO DOWNLOAD THE RPT
salam. bagaimana sy nak sign up?
hai
klik bahagian di ruangan atas menu bar.ada dropdown box.pilih kat situ.
Tq admin atas usaha murni ini..
mcm mna nk download eviden?