Kisah anak guru lemas dalam kereta
Saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan berkenaan kejadian yang menimpa rakan guru kita baru-baru ini. Pertama sekali saya melahirkan rasa sedih & simpati yang teramat sangat terhadap keluarga guru berkenaan. Ucapan takziah sajalah yang mampu diungkapkan atas apa yang telah terjadi. Guru perempuan itu adalah saudara guru kita, rakan seperjuangan kita & sebidang dengan kita maka saya rasa kita PATUT memahami situasi sebenar yang beliau alami sekarang.
Sebagai seorang Muslim, kita wajib terima bahawa setiap ajal yang berlaku adalah telah ditentukan masa, sebab, tempat & keadaan oleh-Nya. Tidak terawal & tidak terlewat barang sesaat. Oleh itu saya menyeru agar dihentikan segala tuding-menuding jari untuk mencari siapa yang patut dipersalahkan. Jika saya melihat dari sudut guru itu, dia sudah tentu tidak mahu benda ini terjadi, SUDAH TENTU! Saya fikir kita semua setuju untuk ini. Jadi amat tidak adil sama sekali kita menyalahkan beliau 100% kerana mungkin dalam kekalutan untuk menghadiri mesyuarat, keterlupaan itu berlaku. Apa yang beliau tunjukkan dalam kejadian ini adalah KOMITMEN TINGGI terhadap profesion keguruan dengan kesungguhan menghadiri mesyuarat sehingga di antaranya berlaku kejadian menyayat hati. Ibu mana yang tidak sayangkan anak.
“Jangan ambil ringan, belajar dengan perkara yang telah berlaku.” – Menteri Pembangunan Wanita
Di media sosial (facebook, twitter & blog), ramai yang telah memberi komen berbentuk positif & tidak kurang juga yang negatif walaupun di bulan mulia ini. Jagalah tutur kata anda kerana zaman maya yang serba serbi canggih dengan adanya internet ini, fitnah & tohmahan berlaku bukan lagi di mulut tapi di hujung jari kita. Sama-samalah kita hadiahkan Al-Fatihah untuk arwah anaknya.
4,982 total views, 1 views today
ini cadangan yg baik dari cikgu,mungkin TPM boleh ambil perhatian.harapnya begitulah supaya kejadian ni buat kali terakhir berlaku.
saya merasakan ada baiknya setiap sekolah mempunyai pusat asuhan anak-anak kepada guru-guru, ini sama sekali tidak mengganggu kerjaya guru kerana saya yakin para guru tahu dan tanggungjawab mereka bila masa mereka akan masui ke kelas dan bila masa perlunya menjenguk anak mereka, malah mereka lebih tenang apabila mereka tahu bahawa anak mereka berada dekat dengan mereka…memang kita tidak boleh melawan takdir tetapi usaha untuk mengelakkan pekara ini berlaku lagi harus difikirkan sewajarnya.. semoga pihak KPM lebih prihatin akan perkara ini.
Saya juga seorang guru dan mengikuti kisah yang menimpa rakan guru kita ini. Saya amat ingin mengetahui, apakah mesyuarat yang dihadiri sahabat kita itu. Sehingga mungkin bebanan tanggungjawab hingga terlalu pentingnya mesyuarat itu mengatasi normal seorang insan yang bergelar ibu.
Saya teringat satu kisah yang diceritakan seorang ustaz “Disaat tiupan angin sangkakala, bertapa gerunnya setiap manusia yang mendengarnya, sehingga kasih sayang manusia tahap tertinggi, iaitu seorang ibu yang masih menyusukan anaknya turut lari hingga terlupa akan anaknya itu”
ada rakan2 guru yg lain sedang melakukan kutipan derma utk beliau & keluarga.boleh rujuk di facebook Kami Guru Malaysia jika mahu menyumbang.