Soalan Ujian Bulanan September 2013 + Google Chrome Book


crhome_book

Staf YTL memasang Chrome Book di makmal komputer

Adakah anda mengetahui tentang syarikat YTL? Pernahkah mendengar namanya? Sebenarnya ia adalah sebuah syarikat yang bertanggungjawab menguruskan kelengkapan ICT di sekolah-sekolah di Malaysia mutakhir ini. Syarikat ini banyak menguruskan tender berkaitan ICT di bawah KPM. Jika dahulu, talian internet di sekolah-sekolah diletakkan di bawah projek School Net dan diikuti dengan TMNet tapi sekarang banyak sekolah sudah menerima talian internet di bawah projek 1BestariNet termasuklah sekolah saya.

Modem WiFi yang digunakan untuk menarik signal internet adalah Yes4G & sebanyak 4 unit dibekalkan ke sekolah saya. Tapi ini bukan cerita yang terbaru. Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah tentang projek Google Chrome Book (Netbook) yang sekolah saya terima pada 5 Sept 2013 lepas. Kalau cikgu agak kurang faham, ia sebenarnya adalah laptop & jumlah yang diterima agak banyak juga, 41 unit. Bukan itu sahaja, ada lagi barangan lain seperti printer laser jet, sebuah troli yang boleh memuatkan 41 unit chrome book, 41 unit head fon & sebuah modem Yes 4G berwarna putih khas untuk kegunaan chrome book ini sahaja.

Chrome book ini tidak menggunakan sistem operasi Windows. Ia hanya berfungsi jika ada talian WiFi internet & akaun VLE, sistem Cloud lebih tepat istilahnya. Setiap guru & murid sudah dibekalkan dengan akaun VLE masing-masing. Jika berpindah tahun ini, sila bertanya guru ICT sekolah lama cikgu. Setakat ini, saya belum lagi gunakannya bersama murid. Mungkin selepas UPSR nanti.

**************

UPSR akan bermula Selasa ini, harapannya agar murid kita sudah bersedia. Cikgu-cikgu dah penat berhempas-pulas untuk menyediakan murid-murid sepanjang tahun ini. Semoga apa yang didoakan menjadi makbul hendaknya. Jika ada antara sekolah cikgu yang mengadakan ujian bulanan September, bahan berikut telah saya uploadkan.

  1. Soalan ujian Matematik KSSR T3
  2. Soalan ujian Moral KSSR T3           [here]

57,554 total views, 1 views today