Selamat Menyambut 31 Ogos 2013 !

Logo Merdeka 2013

Logo Merdeka 2013

“Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku”

Bersempena dengan ulang tahun kemerdekaan negara Malaysia tercinta pada hari ini, muncul pertanyaan di minda saya. Sejauh manakah kita benar-benar merdeka dalam perspektif hidup kita sekarang sebagai seorang pendidik?

Saya lontarkan tiga persoalan berikut kepada anda semua;

  • Sudahkah kita & murid – murid benar-benar merdeka daripada sistem pendidikan yang selalu berubah-ubah?
  • Adakah sudah tiba masanya sistem pendidikan negara ini berhenti daripada dipolitikkan?
  • Apakah anda sudah “burn-out” menjadi cikgu?

Saya fikir tentu pelbagai jawapan boleh muncul dalam benak fikiran masing-masing. Cuma di sini saya ingin mengutarakan pandangan peribadi berkenaan dengan tema Hari Kebangsaan pada kali ini.

Apakah maksud berdaulat di sini? Ianya membawa erti berkuasa, berhak sepenuhnya dan berwibawa. Berdaulatkah sistem pendidikan kita pada masa kini? Pandangan saya, belum sepenuhnya lagi. Sebab? Ia seringkali berubah dalam tempoh 5 tahun sekali & berkait rapat dengan pilihanraya. Ada juga yang berpandangan Malaysia sebuah negara membangun & kerana itu sistem pendidikan seringkali berubah mengikut kesesuaian. Ada benarnya di situ. Kita boleh memberi pelbagai pendapat tetapi pada akhirnya, sebagai pelaksana dasar kita perlu melaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

2,591 total views, no views today