RPT KSSR Tahun 4 (RBT,TMK,Sejarah,etc…)

books

Salam buat semua.

Ada perkara yang saya nak ceritakan kepada anda semua. Beberapa hari lepas saya ada berjumpa dengan seorang guru SMK Teknik yang kini sudah dinaik taraf kepada Kolej Vokasional bermula 2014. Ceritanya bukan berkenaan sekolah beliau tapi tentang dirinya, seorang guru muda dalam lingkungan 30-an. Ceritanya berkenaan kenaikan pangkat secara time-based yang menjadi idaman semua guru termasuk saya.

Lama juga kami berborak panjang mengenai pengalaman beliau memohon untuk naik pangkat. Rupanya ia tidak semudah yang disangka ramai. Sebelum ini jika seorang guru itu genap 8 tahun berkhidmat (rekod baik, markah prestasi baik), Insyaallah kenaikan pangkatnya mudah tanpa sebarang masalah.

Tapi kini syarat baru telah mula bertapak. Seseorang guru itu PERLU MENYEDIAKAN EVIDEN SELAMA 3 TAHUN PERKHIDMATAN jika mahu naik pangkat!  Wah, syarat apakah ini? Mereka perlu tampilkan bukti (sijil akademik, sijil ko-ku, surat panggilan mesyuarat, kursus, menghantar murid ke peringkat daerah, negeri, kebangsaan, antarabangsa) untuk dinilai. Jika cukup point-nya, barulah ianya menjadi. Mengapa ini semua perlu? Adakah kerana kekangan wang untuk membayar gaji? Atau sebagai langkah penjimatan terbaru? Atau ingin menaikkan kualiti guru itu sendiri? Yang pasti, rezeki itu di tangan Ilahi.

****************

Bahan berikut telah saya upload-kan. Semoga membantu anda-anda di luar sana.

  1. RPT KSSR RBT SK Tahun 4
  2. RPT KSSR TMK SK Tahun 4 
  3. RPT KSSR Sejarah SK Tahun 4
  4. RPT KSSR Pend. Moral SK Tahun 4 
  5. RPT KSSR B. Inggeris SK Tahun 4

 

CLICK HERE !

26,614 total views, 4 views today