Soalan Pra UPSR 2013 Johor

SOALAN

Semalam saya terfikir mungkin ada rakan guru yang sedang menghitung hari menjelang UPSR 2013 & sedang merancang apa aktiviti yang nak ditambah lagi dalam masa yang berbaki. Jadi saya browse-lah sedikit sebanyak dalam perisian portal ini mencari apa widget yang sesuai untuk memudahkan anda menghitung hari (macam lagu Krisdayanti pula). Maka terjumpalah satu widget ini yang anda boleh tengok di sebelah kanan portal. Sudah siap sedia kiraan bilangan minggu, hari, jam, minit & saat untuk tatapan. Mudah bukan?

Kepada cikgu yang ada meminjam dengan PTPTN masa belajar/sambung belajar dulu, nah ada berita kurang baik yang trending sejak semalam. Nasihat saya jangan liat membayar hutang, kelak diri merana. Nak buat pinjaman kereta, rumah & peribadi pun mungkin menjadi masalah jika tersenarai dalam sistem CCRIS. Jadi “bertaubatlah” segera, hehe šŸ™‚

>>Peminjam ingkar PTPTN disenarai CCRIS

Untuk anda semua pengunjung setia portal ini, saya telah uploadkan bahan berikut.

  1. Percubaan UPSR Johor Bahasa Melayu Pemahaman
  2. Percubaan UPSR Johor Bahasa Melayu Penulisan
  3. Percubaan UPSR Johor Bahasa Inggeris Kertas 1
  4. Percubaan UPSR Johor Bahasa Inggeris Kertas 2
  5. Percubaan UPSR Johor Matematik Kertas 1
  6. Percubaan UPSR Johor Matematik Kertas 1
  7. Percubaan UPSR Johor Sains Bahagian A
  8. Percubaan UPSR Johor Sains Bahagian B

 

Dapatkannya di sini —–> [here]

5,824 total views, 1 views today


Soalan Pra UPSR 2013 Terengganu

SOALAN

Salam Syawal buat semua. Ya, kita masih lagi dalam mood raya tapi jangan lupa pula esok sudah mula sesi persekolahan. Kecualilah 3 negeri yang anda semua pun sudah maklum, mereka mula sekolah hari ini. Saya sedar & pasti anda juga sedar akan sesuatu yang sangat mencemaskan guru-guru tahun 6. Apakah ia? Ahha! Ya! Betul! UPSR sudah semakin dekat dengan murid-murid kita. Tak tahulah murid kita ini gemuruh ke tak, tapi yang pasti anda yang terlibat, pasti cemas! “Dah ready ke budak-budak aku ni?” Agaknya macam tu lah yang sedang bermain di benak fikiran cikgu-cikgu sekalian.

Jangan khuatir cikgu, masa masih ada. Jadi saya telah uploadkan bahan berikut untuk mantapkan lagi murid-murid kita!

  1. Percubaan UPSR Terengganu BM Pemahaman
  2. Percubaan UPSR Terengganu BM Penulisan
  3. Percubaan UPSR Bahasa-Inggeris-Kertas-1-Terengganu
  4. Percubaan UPSRĀ Bahasa-Inggeris-Kertas-2-Terengganu
  5. Percubaan UPSRĀ Matematik-1-Terengganu
  6. Percubaan UPSRĀ Matematik-2-Terengganu
  7. Percubaan UPSRĀ Sains-Terengganu

Dapatkannya di sini —> [Here]

48,395 total views, 1 views today