[DSK] Dokumen Standard Kurikulum & Modul KSSR Tahun 4

gambar hiasan

gambar hiasan

Cuti persekolahan akhir tahun sudah pun bermula 16 November 2013 yang lepas. Sudah pasti yang paling gembira adalah murid-murid sekolah. Masa inilah mereka berpeluang bermain, menonton tv, ber-internet di rumah & kafe cyber dengan sepuas-puasnya. Ibu bapa yang tak prihatin, sudah tentu mereka tidak marah. Tapi bagi mereka yang prihatin, ada had masa bagi semua aktiviti di atas untuk anak mereka. Betul tak? Membaca buku tetap tak boleh dilupakan cuma mungkin boleh dikurangkan ketika cuti sekolah sebegini.

Kita sebagai guru? Erm..ada rehat jugak ke? Cuti-kah anda anda di luar sana? Dengan pelbagai macam E-ini & E-itu yang perlu diisi (17 E kesemuanya jika tak silap), saya fikir cuti pun ibarat macam tak cuti. So, apa nak buat? Ada juga cikgu yang sampai kata begini,

” kita buat E-bodoh jer… “

Yelah, dah macam-macam aplikasi online yang perlu isi sekarang, dah tentu ia memeningkan kepala bukan? Pengetahuan ICT yang semakin mendesak sekarang ini sangat-sangat perlu anda kuasai. Jika tidak, anda pasti ketinggalan di belakang.

*****************

BAHAN BERIKUT TELAH DI-UPLOAD untuk kegunaan KSSR Tahun 4 2014 nanti;

  1. Modul PdP Pend. Islam tahun 4
  2. Modul Pembelajaran Sains tahun 4
  3. Modul PdP Sains tahun 4
  4. DSK Pend. Islam tahun 4
  5. DSK Bahasa Arab tahun 4
  6. DSK Sains tahun 4
  7. DSK TMK tahun 4
  8. DSK Sejarah tahun 4
  9. DSK Reka Bentuk Teknologi tahun 4

 

* dapatkannya di sini —> KLIK SINI

30,064 total views, no views today


Modul TMK Tahun 4

modul p&p

 

Empat hari berkampung di PKG memerah minda memahami subjek baru KSSR TMK Tahun 4 minggu lepas memang agak penat juga. Banyak ilmu yang diberi tapi saya kurang pasti sejauh mana pemahaman di peringkat awal ini bagi rakan yang lain. Yang pasti istilah “band” tidak akan digunakan lagi. Ia diganti dengan istilah yang lain, lebih mesra sebutannya.

Tempoh pelaksanaan subjek ini bukanlah sepanjang tahun 2014 nanti tapi 1 semester sahaja (6 bulan), manakala semester seterusnya (6 bulan berikut) akan disambung dengan subjek Reka Bentuk Teknologi (RBT). Pengurusan jadual kelas bagaimana? Ya, perlu ubah jadual. Di sini, GPK1 perlu pandai susun jadual ini untuk guru ini, dan itu untuk guru itu. Untuk pengetahuan cikgu, RBT hanya boleh diajar oleh guru Kemahiran Hidup (KH) sahaja! Kalau guru TMK & RBT adalah orang yang sama, maka problem solved. Tak perlu tukar jadual. Kalau seorang TMK seorang lagi RBT, jadual perlu ubah lepas 6 bulan. Faham? hehe..

[Breaking News] – Harga minyak petrol Ron95 & diesel dinaikkan 20 sen mulai tengah malam ini. Orang ramai dah mula berkampung di stesen minyak sejak berita rasmi harga naik diwar-warkan tadi. Gaji naik, minyak pun naik? Hurmm.. 🙂

>> Diesel & RON95 naik 20 sen <<

***************

Bahan berikut telah diupload;

  1. Modul 1 Dunia Komputer BM – TMK
  2. Modul 2 Dunia Komputer BM – TMK
  3. Modul 3 Dunia Komputer BM – TMK
  4. Modul 4 Dunia Komputer BM – TMK
  5. Modul 5 Dunia Komputer BM – TMK    [here]

36,140 total views, no views today