Evidens Matematik Tahun 3 – Wang

Money Malaysia

Masih dalam mood raya?Hurmm…ibarat kata orang, puasa sebulan raya pun mesti sebulan kan? Begitulah tanggapan orang kita di Malaysia ini, suka sangat sambut raya lama-lama. Ada baik & ada juga yang tak baiknya. Ramai yang guna alasan ini, ziarah. Ya, memang ini perkara yang sangat baik. Tapi janganlah tunggu Syawal tiba baru nak ziarah. Ziarah ini sepanjang tahun patut dilakukan terutama bila saudara atau rakan-rakan kita ditimpa musibah. Di kala itulah kita akan mengenal sama ada mereka kawan kita ataupun bukan.

“truly friends among us is the one when we are having a hard time”

Semalam (Sabtu) pasti banyak sekolah yang mengadakan sesi persekolahan ganti bagi cuti raya lepas. Jika saya mahu meneka, sekolah cikgu-cikgu mesti ada yang mengadakan sambutan bulan kemerdekaan disusuli dengan majlis makan-makan (jamuan raya) bukan? Wah…bergaya sakan cikgu & murid-murid mengenakan pakaian raya masing-masing. Mesti hensem bagi yang lelaki berbaju Melayu lengkap. Ada yang peragakan pakaian raya mereka ke? hehe….

Semasa saya menonton berita Awani di Astro ch501 sebentar tadi, ada wartawan yang pergi serbu orang ramai & bertanyakan apa tema Hari Kemerdekaan ke-56 pada tahun ini. Aduh, ramai betul yang tak tahu, tak pasti. Daripada yang muda hinggalah yang tua, sama saja acting-nya. Tak tahu apa temanya! Apa tindakan saya? Ya, betul! Saya mahu cikgu & murid kita tahu serta hafal. Jika ditanya nanti, dengan bangga kita menjawabnya.

‘Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku’

Logo Merdeka 2013

Logo Merdeka 2013

Sebelum itu untuk anda meneruskan kerja PBS ini, saya telah uploadkan bahan-bahan berikut. Terima kasih atas komen, cadangan & permintaan anda di portal ini.

  1. Mengenal pasti nilai wang kertas
  2. Operasi tambah wang
  3. Operasi darab wang
  4. Operasi bahagi wang   [here]

8,491 total views, 2 views today