RPT KSSR Tahun 4 2014 (dikemaskini)

RPH

 

Salam buat semua.

Banjir telah melanda negeri Kelantan, Terengganu, Pahang & Johor. Terukkah kali ini? Iya…memang teruk sekali terutamanya di bandar Kuantan. LUMPUH satu bandar dek penangan bah besar. Di media sosial seperti facebook, viral sekali isu berkenaan penempatan mangsa banjir Malaysia yang bertebaran dalam pusat-pusat pemindahan banjir. Mereka merungut kerana keadaan penempatan yang sesak, kekurangan makanan, sukar menukar pakaian, malah ada yang tidak dapat buang air sehingga seminggu. Wah! agak dahsyat juga ya.

Lebih viral & teruk lagi apabila gambar-gambar penempatan mangsa banjir negara lain seperti Jepun & Thailand dikongsikan bersama. Apa yang menyebabkan Malaysia nampak kekurangannya apabila di 2 buah negara itu, pengurusan penempatan banjir mereka tersangatlah baik & sistematik. Ada ruangan kubikal & khemah disediakan dalam dewan. Mudahlah para mangsa untuk mendapat ruang peribadi mereka sendiri. Tidaklah malu untuk menukar pakaian. Saya rasa ini wajar pihak Majlis Keselamatan Negara contohi pada masa-masa akan datang. Ke arah pengurusan yang lebih baik, apa salahnya bukan?

*****************

Banyak permintaan daripada kalangan rakan guru supaya dikemaskini RPT tahun 4 untuk sesi 2014. Maka, fail berikut telah saya upload-kan.

  1. RPT KSSR Sains Tahun 4 
  2. RPT KSSR Pend. Moral Tahun 4 
  3. RPT KSSR Matematik SJKC Tahun 4 
  4. RPT KSSR B. Inggeris Tahun 4 
  5. RPT KSSR B. Inggeris SJK Tahun 4 
  6. RPT KSSR B. Melayu SJK Tahun 4 
  7. RPT KSSR B. Cina Tahun 4 

** dapatkannya di —> SINI

21,631 total views, no views today