Gaji Tahunan Naik 1 Tangga – Datuk Seri Najib Tun Razak


Mappa

Jika sebelum ini Admin ada mensisipkan ramalan tentang COLA & ITP yang dicanangkan Ceupacs bakal akan naik, nampaknya ramalan itu meleset sama sekali. Selepas tengah hari tadi di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA ke-13), antara 9 “berita baik” yang diumumkan, berikut adalah salah satu daripadanya yang dinikmati semua PA di Malaysia.

“Pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013 di mana penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred masing-masing.”

Contoh :

Guru Gred DG41 :

  • Gaji pokok 2012 = RM2500, KGT = RM225, TPG = Januari 2013
  • Gaji pokok Jan 2013 = RM2500 + RM225 = RM2725

Selepas PM umum KGT naik 1 tangga :

  • Gaji pokok selepas 1 Julai 2013 = RM2725 + RM225 = RM2950

Maksud di sini, untuk tahun 2013, para PA akan terima 2 kali kenaikan gaji. Tahniah diucapkan buat semua walaupun Ceupacs minta A & B tapi yang dapat adalah C, gaji tetap juga naik.

7,458 total views, 1 views today